Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gelanggang badminton di bumbung, ruang senaman berbumbung antara kemudahan bakal dibina di estet awam

Lebih banyak AP, majlis bandaran manfaatkan program Sukan dalam Kawasan Kejiranan (SIP) bina kemudahan sukan di estet perumahan
Jan 28, 2025 | 3:53 PM
Kemudahan Sukan dalam Kejiranan (SIP) di sebelah Blok 508C Wellington Circle di Sembawang ini dibuka pada September 2022.
Kemudahan Sukan dalam Kejiranan (SIP) di sebelah Blok 508C Wellington Circle di Sembawang ini dibuka pada September 2022. - Foto ST

Gelanggang badminton di bumbung tempat letak kereta bertingkat, trek larian 400 meter yang mengelilingi blok-blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dan lebih banyak gelanggang pelbagai kegunaan berbumbung supaya permainan tidak perlu berhenti ketika hujan.

Itu adalah antara rancangan untuk kemudahan sukan baru yang akan dibina di estet di serata Singapura pada tahun-tahun akan datang, di bawah satu inisiatif untuk menyediakan peralatan senaman dan ruang permainan lebih luas di estet perumahan awam.

Lebih ramai Anggota Parlimen (AP) dan majlis bandaran kini memanfaatkan skim Sukan dalam Kejiranan (SIP) untuk membina kemudahan sukan di kawasan perumahan. Projek SIP sebahagian daripada Pelan Induk Kemudahan Sukan.

Sekurang-kurangnya lima estet akan menerima projek SIP menjelang akhir 2026, dengan tender untuk dua projek lagi dijangka dibuka pada 2025, menurut para AP.

Projek-projek itu sebahagian daripada 24 projek SIP yang kini berada pada pelbagai peringkat pembangunan di seluruh Singapura, lapor The Straits Times (ST).

Sekitar 10 projek SIP telah disiapkan sejak skim itu dilancarkan pada 2014. Inisiatif itu melibatkan AP dan majlis bandaran bekerjasama dengan Sport Singapore (SportSG) untuk merancang dan merealisasikan kemudahan-kemudahan itu, yang dibiayai oleh agensi nasional tersebut.

Enam AP memberitahu ST projek SIP akan memudahkan penduduk pelbagai usia dan kemampuan mengakses kemudahan sukan. Mereka berharap ini akan menggalak penduduk mengamalkan gaya hidup aktif.

Kemudahan baru itu juga akan merapatkan penduduk dan memupuk ikatan masyarakat yang kukuh, tambah mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg