Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Generasi akan datang boleh manfaat dasar kukuh yang dibangun sebelumnya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Generasi akan datang boleh manfaat dasar kukuh yang dibangun sebelumnya

May 01, 2024 | 07:14 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berasa “puas dan lengkap” sedang beliau bersedia menyerahkan pentadbiran negara ini kepada timbalannya, Encik Lawrence Wong, pada 15 Mei.

Berkata demikian semasa berucap di Rapat Hari Pekerja pada 1 Mei, beliau turut memberi jaminan akan terus menghulurkan sokongan kepada Encik Wong dan pasukannya demi membantu Singapura mengecapi kejayaan.

Akur bahawa kesatuan sekerja bakal memainkan peranan lebih penting pada masa akan datang di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi, Encik Lee menggesa mereka agar memanfaatkan sepenuhnya dasar kukuh yang sudah dibentangkan untuk terus memajukan Singapura.

Dalam ucapan yang dibentangkannya di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands itu, Encik Lee meluahkan bahawa ia suatu penghormatan besar baginya untuk berbakti kepada warga Singapura.

“Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya, dan saya amat senang hati saya memilih jalan perkhidmatan awam ini dahulu,” kata Encik Lee yang telah 40 tahun berkecimpung dalam bidang politik.

Bagaimanapun, beliau akui bahawa usaha memimpin negara bukanlah tugas yang dipikul seorang individu tetapi digalas sebuah pasukan nasional.

“Sokongan anda yang tidak goyah membolehkan kami untuk sampai ke tahap ini, dengan negara ini berada dalam kedudukan yang baik dan menuju ke arah yang tepat,” ujarnya.

Seiring itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan menteri, Anggota Parlimen, pemimpin kesatuan, relawan akar umbi, kakitangan Perkhidmatan Awam, mahupun rakyat Singapura yang telah memberi beliau kepercayaan, keyakinan serta sokongan.

“Saya telah berusaha memimpin anda dan mentadbir Singapura sebaik mungkin, untuk menyatukan warga Singapura agar dapat menunjukkan apa yang boleh kita lakukan bersama.

“Saya juga telah mempersiap pasukan kepimpinan untuk menggantikan saya, yang wajar menerima sokongan dan keyakinan anda,” ujarnya.

Melihat ke hadapan, Encik Lee berkata di samping cabaran yang bakal ditempuh Singapura, terdapat juga banyak peluang yang boleh direbut.

“Meskipun berada dalam dunia di mana globalisasi berkurangan dan terdapat kesangsian, negara masih perlu bekerjasama dengan satu sama lain.

“Apabila pesaing saling menaruh kecurigaan, kebolehpercayaan menjadi satu (nilai) yang berharga, dan Singapura boleh menjadi rakan yang boleh dipercayai.

“Apabila negara mendapati ia sukar untuk mengekalkan jalan yang stabil, dan setiap beberapa bulan memutuskan untuk ubah arah dan menukar pemimpin, kestabilan dan kebolehramalan Singapura merupakan kelebihan yang amat besar,” kata Encik Lee.

Beliau menggariskan beberapa dasar kukuh yang telah dibangunkan bagi generasi akan datang.

Ini termasuk rizab yang mencukupi untuk mengatasi kesukaran melampau, penghormatan antarabangsa yang membolehkan Singapura mempengaruhi keputusan, masyarakat yang kekal padu menempuhi kesuraman, mahupun ekonomi inklusif dan bersemangat yang mewujudkan peluang serta harapan buat semua warga Singapura.

“Manfaatkan kelebihan ini sepenuhnya. Jangan ambilnya sambil lewa atau membuangnya.

“Kekal bersatu padu, fikir secara jangka panjang, dan kekalkan kestabilan politik kami. Itulah jalan ke hadapan buat Singapura,” tambah Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >