Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Gerak Budaya Zumba di WGS satukan masyarakat melalui senaman, kepelbagaian budaya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerak Budaya Zumba di WGS satukan masyarakat melalui senaman, kepelbagaian budaya

Feb 11, 2024 | 03:19 PM



Di tengah-tengah perayaan Tahun Baru Cina, Cik Angela Tan, seorang wanita cergas berusia 50-an, memilih sambutan yang unik dengan menyertai Gerak Budaya Zumba, sesi senaman bulanan yang diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) pada pagi 11 Februari.

“Saya berasa segar dan seronok selepas kesibukan perayaan hari pertama. Ia sememangnya menyegarkan dapat bersenam pada waktu pagi,” luah Cik Angela, yang bertenaga positif selepas senamannya.

Kagum dengan keupayaan senaman menggabungkan masyarakat berbilang bangsa, Cik Angela berkata beliau tidak sabar menjadikan sesi zumba bulanan sebagai rutinnya.

Menurutnya:

“Saya sanggup datang dari rumah saya di Bedok Reservoir untuk ke Geylang Serai semata-mata kerana zumba. Ia berbaloi... bukan untuk kesihatan sahaja tapi saya berpeluang menambah kenalan!”

Gerak Budaya Zumba mula diperkenalkan pada 14 Januari di WGS. Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, turut menghadiri pelancaran program tersebut.

Dianjurkan Jalur Budaya Geylang Serai, ia merupakan antara daya usaha memupuk gaya hidup yang aktif dan sihat susulan pandemik Covid-19.

Program ini bakal berlangsung sebulan sekali – setiap Ahad.

Pada sesi kedua zumba yang berlangsung pada 11 Februari, sekitar 40 peserta menghadirinya.

Salah seorang peserta, Cik Noraishah Mostapa, 54 tahun, yang juga seorang pengamal gaya hidup aktif, berkata sesi tersebut mampu membantunya mengisi masa dengan kegiatan yang bermanfaat.

“Zumba memang menyeronokkan, apatah lagi ia percuma. Dengan tidak secara langsung saya fikir ia dapat menggalak lebih ramai masyarakat Melayu untuk bersenam bersama-sama.

“Lokasi di WGS ini ternyata tenang dan strategik untuk masyarakat pelbagai bangsa hadir,” tambah Cik Noraishah yang tinggal di Tampines.

Selain berzumba, beliau yang juga seorang guru dan mempunyai empat anak giat melakukan pelbagai senaman seperti yoga, aerobik, selain melakukan gerakan Kpop. 

Sesi zumba itu dipimpin seorang jurulatih dari GlowCo Move.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >