Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gesa jalankan kajian mengenai WFH, kaitannya pada kebajikan, produktiviti

Jan 12, 2022 | 5:30 AM
ENCIK MELVIN YONG: Lebih banyak mesyuarat dan tugas yang dilakukan dalam alam maya semasa WFH tidak semestinya bawa kepada hasil kerja berkesan.
ENCIK MELVIN YONG: Lebih banyak mesyuarat dan tugas yang dilakukan dalam alam maya semasa WFH tidak semestinya bawa kepada hasil kerja berkesan. -

PEMERINTAH boleh mempertimbang menjalankan satu kajian mengenai aturan kerja dari rumah (WFH) dan bagaimana tempat kerja boleh mencapai kata sepakat mengenai perlindungan, kebajikan dan produktiviti kerja, kata Anggota Parlimen (AP) buruh, Encik Melvin Yong, dalam memberikan saranannya itu di Parlimen semalam.

Encik Yong menambah bahawa pemerintah juga boleh menyediakan alat kepada majikan dan pekerja untuk mengendalikan cabaran unik yang muncul akibat aturan kerja dari rumah.

Merujuk kepada satu rencana dalam akhbar Financial Times mengenai keprihatinan majikan dan pekerja berkaitan aturan kerja dari rumah, Encik Yong berkata meskipun aturan kerja seperti itu menjadikan ia lebih mudah bagi pekerja kerana lebih banyak mesyuarat dan tugas dilakukan dalam alam maya, kerja tambahan sedemikian tidak selalu membawa kepada hasil kerja yang berkesan.

"Saya berpandangan bahawa kita perlu mencapai kata sepakat bagi kompak sosial baru yang melibatkan aturan kerja dari rumah seperti itu dan menetapkan semula jangkaan tentang waktu kerja dan produktiviti bagi mereka yang bekerja dari rumah atau mereka yang mengamalkan aturan kerja hibrid," kata beliau.

Menjawab, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Gan Siow Huang, berkata kajian sedemikian tentu sekali akan membantu memaklumkan majikan tentang alat, norma dan pendekatan praktikal yang boleh dipertimbangkan, namun satu huraian tunggal mungkin tidak sesuai bagi setiap sektor dan pekerjaan.

"Malah, dalam kalangan pekerja, terdapat pelbagai keperluan berbeza. Ada yang mungkin mendapati aturan kerja dari rumah sesuai buat mereka.

"Namun, kami juga tahu tentang individu yang memilih untuk tidak bekerja dari rumah mungkin sebab persekitaran rumah mereka tidak sesuai.

"Mungkin mereka rasa produktiviti mereka tidak begitu tinggi apabila mereka bekerja dari rumah berbanding dalam persekitaran pejabat, yang disediakan untuk mereka bekerja dan juga berinteraksi serta mengambil bahagian dalam kerja kumpulan dan mesyuarat bersama rakan sekerja," kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg