Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Giat kumpul infak bantu warga susah di luar negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IBADAHSG PTE LTD

Giat kumpul infak bantu warga susah di luar negara

Mar 01, 2024 | 05:30 AM



Bersedekah, terutama kepada anak yatim, adalah antara amalan yang amat dianjurkan Allah dan Rasul-Nya.

Terdapat banyak kelebihan bersedekah kepada anak yatim, antaranya ia dapat mendekatkan kita kepada Rasulullah saw di akhirat kelak, jelas pengarah IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Firdaus Masruhen.


Beliau memetik hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang menyatakan: “Aku dan orang yang mengurus (menanggung) anak yatim (kedudukannya) di dalam syurga seperti ini. (Nabi mengisyaratkan dengan jarinya – jari telunjuk dan jari tengah).”

Menurut Ustaz Firdaus lagi, sedekah demikian juga menjadi pembuka pintu rezeki, di samping mendapat ganti yang berlipat ganda dan memperoleh pertolongan Allah swt.


Dalam rangka itu, IbadahSg menyasarkan akan mengagihkan infak kepada lebih 1,000 keluarga yang memerlukan di empat negara – Indonesia, Kemboja, Malaysia dan Arab Saudi – dalam Ramadan ini, bukan sahaja kepada anak yatim bahkan fakir, miskin, ibu tunggal dan orang lanjut usia.

“Pendapatan bulanan mereka kurang daripada yang diperlukan – hanya sekitar $20 sebulan.

“Sumbangan daripada para penderma akan sangat membantu meringankan kehidupan mereka,” terang Ustaz Firdaus.

Beliau memetik hadis yang menjawab pertanyaan seorang sahabat Nabi: “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama? Rasulullah saw menjawab, ‘Sedekah pada bulan Ramadan’,” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).


Sejajar dengan itu, Ustaz Firdaus mengalu-alukan infak daripada orang ramai dalam Ramadan ini sebagaimana dianjurkan oleh para ulama dalam kitab Hasyiyatul Baijuri yang bermaksud:


“(Orang berpuasa) dianjurkan segera memperbanyak sedekah kerana Rasulullah saw adalah orang paling murah hati pada bulan Ramadan. Seseorang dapat melakukan kebaikan secara umum karena ganjaran amal kebaikan apa pun bentuknya akan dilipatgandakan dibandingkan ganjaran amal kebaikan yang dilakukan di luar Ramadan.”


Menurut Ustaz Firdaus, buat masa ini, pihaknya hanya dapat menyalurkan infak ke beberapa ratus keluarga sahaja, sesuai mengikut jumlah yang wang yang diterima daripada penderma.

Beliau berharap lebih ramai akan sedia menyumbang supaya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang.

Beliau menjelaskan bahawa infak yang diterima akan digunakan untuk membeli keperluan seperti:

1. Bahan makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, susu, biskut, minuman, dan lain-lain (Indonesia dan Kemboja).

2. Makanan untuk iftar/buka puasa dan sahur bagi anak-anak pesantren, anak tahfiz dan keluarga fakir miskin (Indonesia, Kemboja).

3. Pengagihan kurma ke masjid-masjid dan musala (Indonesia dan Kemboja).

4. Pemberian baju Hari Raya bagi anak-anak yatim (Indonesia dan Kemboja).

5. Memberi bantuan sekolah kepada anak yatim di Kemboja seperti basikal dan peralatan sekolah.

6. Makanan untuk iftar/buka puasa dan makanan asas bagi jemaah dan mualaf (Malaysia).

Mereka yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi Ustaz Syamil Masruhen di talian 8322-0460, Ustazah Mariah Masruhen di 8339-3012 dan Encik Mohd Noh di 8399-7390.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >