Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Golongan kurang upaya, warga emas boleh turut nikmati kegiatan lasak, mencabar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA BERSAMA

Golongan kurang upaya, warga emas boleh turut nikmati kegiatan lasak, mencabar

Jan 01, 2024 | 05:32 AM



Kegiatan kembara luar darjah seperti memanjat tembok batu atau meneroka gua mempunyai banyak manfaat seperti membangunkan keyakinan, mengeratkan semangat pasukan dan mengasah kemahiran kepimpinan.

Mungkin ramai berpendapat kegiatan tersebut lebih sesuai bagi golongan muda yang berani dan lasak.

Tetapi sebenarnya, ia juga boleh dilakukan oleh warga emas dan golongan berkeperluan khas atau kurang upaya termasuk pengguna kerusi roda.

Satu kemudahan di Politeknik Republic (RP) dipanggil Xperiential Learning Centre (XLC) menawarkan kegiatan kembara luar darjah dalam sekitaran terangkum, lengkap dengan alat angkat untuk membawa peserta berkerusi roda ke kegiatan elemen tinggi.







Kemudahan berbentuk menara setinggi 20 meter atau bersamaan bangunan tujuh tingkat itu adalah kemudahan kegiatan kembara luar darjah bersifat terangkum dan berskala besar pertama di Singapura.

Ia direka untuk menyokong keselamatan pelbagai peserta, termasuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya.

XLC menawarkan lebih 20 kegiatan dengan tiga daripadanya boleh dilakukan dengan kerusi roda.

Bagi pengguna kerusi roda yang mempunyai kekuatan badan atas, mereka boleh mencuba lebih banyak kegiatan yang ditawarkan.

Peserta berkeperluan khas atau warga emas pula boleh melakukan apa sahaja kegiatan yang mereka mahu cuba.

Sejak dilancarkan pada Januari 2022, pusat itu telah menerima peserta seawal usia lapan tahun dengan yang paling berusia berumur 73 tahun.

Mereka dibimbing kakitangan terlatih yang memberi sokongan kepada peserta mengikut pelbagai keperluan.

Sokongan yang diberikan itu termasuk memberi arahan dalam bentuk gambar kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang tidak menggunakan kata-kata untuk berkomunikasi, atau dalam dialek Cina bersama warga emas, kata pensyarah RP bagi program Diploma dalam Pembelajaran Kembara dan Luar Darjah (DOAL), Cik Aslamiah Halim.

Beliau turut terlibat dalam pembangunan program pembelajaran bagi peserta XLC.

Hapuskan salah tanggapan

“Antara salah tanggapan tentang warga emas dan golongan berkeperluan khas atau kurang upaya adalah mereka tidak boleh melakukan kegiatan kembara luar darjah, tetapi sebenarnya, apabila kami menyediakan peluang itu, mereka mahu mencuba sedaya upaya dan mereka mengejutkan kami semua.

“Ini menunjukkan yang mereka tidak berbeza dengan orang lain. Mereka cuma mahukan peluang jadi kami menyediakan akses itu untuk mereka,” katanya yang bertugas selaku pensyarah selama enam tahun.

Beliau menambah, sesetengah peserta berkeperluan khas malah menunjukkan perbezaan dalam kelakuan mereka selepas mengikuti kegiatan kembara luar darjah di XLC.

“Bagi program lebih panjang, kami menemui mereka sebulan sekali dan selepas beberapa bulan, kami melihat kelakuan mereka lebih terkawal atau mereka boleh menunggu dengan sabar untuk giliran mereka.

“Kami gembira melihat mereka menerima perubahan itu dan penjaga atau guru-guru mereka berkata yang mereka berkelakuan lebih baik.

“Ini membuat saya terharu dan mahu terus membantu golongan ini,” katanya.

Ada penyesuaian tapi tetap mencabar

Cik Aslamiah, 34 tahun, menerangkan pasukan yang mengendalikan program di XLC, terdiri daripada pensyarah DOAL termasuk dirinya, perlu menyesuaikan program pembelajaran mengikut profil peserta terlebih dahulu sebelum mereka datang untuk melakukan kegiatan di pusat itu.

Mereka perlu melakukan penilaian risiko dan memahami apa yang mahu dicapai menerusi kegiatan yang dilakukan.

Kemudian beberapa penyesuaian perlu dibuat seperti memberi arahan menggunakan perkataan mudah atau menggunakan gambar untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Tetapi bagi kegiatan yang dijalankan, Cik Aslamiah berkata pasukannya cuba untuk tidak mengubahnya terlalu banyak kerana mahu peserta melalui pengalaman yang sama dengan masyarakat umum.

“Jika kami mengubah suainya pun, ia hanya untuk melengkapi keupayaan peserta.

“Sebagai contoh untuk peserta warga emas, mereka tidak begitu kuat secara fizikal, jadi kami menyediakan lebih banyak tempat untuk mereka letakkan kaki supaya mereka boleh menyelesaikan kegiatan yang dilakukan dengan jaya,” ujar beliau.

Setiap bulan, XLC menerima satu hingga dua kumpulan yang datang untuk menggunakan kemudahan tersebut dengan setiap kumpulan terdiri daripada 20 hingga 25 peserta.

Kumpulan peserta itu termasuk pelajar dari sekolah pendidikan khas atau orang tua dari pusat penjagaan warga emas.

Bagi golongan berkeperluan khas, mereka antara lain mengalami kelewatan perkembangan, autisme, palsi serebrum, atau menggunakan kerusi roda.

“Kami menerima peserta dengan pelbagai keupayaan dan keperluan jadi kami perlu memastikan yang pemeriksaan perubatan telah dijalankan oleh doktor sebelum mereka datang ke sini.

“Kami bekerja rapat dengan pertubuhan atau sekolah yang mahu pelajar mereka mengikuti kegiatan di XLC, seperti Sekolah Persekutuan Palsi Serebrum Singapura (CPASS).

“Kami ingin tahu bagaimana kami boleh berkomunikasi dengan lebih baik bersama mereka,” kata Cik Aslamiah yang mengetuai program kegiatan luar darjah terangkum di Sekolah Sukan, Kesihatan dan Riadah di RP.

Fahami sudut pandangan peserta

Selain menawarkan kegiatan kembara luar darjah kepada peserta, XLC turut memudahkan latihan pelajar RP yang mengambil program DOAL.

Ada dalam kalangan pelajar DOAL yang telah tamat pengajian malah bekerja di XLC dan salah seorang daripada mereka ialah Cik Adibah Farhanah Ramli, 21 tahun.

Cik Adibah tamat pengajiannya di RP pada Mei dan sejak itu telah bekerja di XLC sebagai pegawai keselamatan dan latihan (TSO). Beliau antara lima bekas pelajar DOAL yang kini bekerja di XLC.

Menurut Cik Adibah, sebagai TSO, beliau perlu cuba memahami apa yang dilalui peserta daripada sudut pandangan mereka.

“Jika mereka tidak menggunakan kata-kata untuk berkomunikasi, saya tidak boleh terus memberi mereka arahan dan mengharapkan mereka untuk faham semuanya.

“Saya harus membuat penyesuaian kepada arahan yang saya berikan bergantung kepada keperluan dan keupayaan peserta.

“Maka ini menghendaki saya untuk dapat membuat penyesuaian dengan cepat kerana dalam satu kumpulan, saya boleh ada peserta yang boleh berbual dan tidak boleh berbual.

“Saya perlu boleh menyesuaikan arahan saya supaya semua orang boleh faham,” katanya yang mempelajari kemahiran itu di RP dahulu.

Di XLC, nisbah TSO kepada peserta bergantung kepada keperluan mereka, dan boleh sekecil seorang peserta kepada seorang TSO.

Tetapi biasanya bagi peserta berkeperluan khas, nisbahnya sekitar 25 peserta kepada lapan TSO, tidak termasuk penjaga mereka.

Menurut Cik Aslamiah, komunikasi dan kerjasama rapat dengan guru-guru atau penjaga adalah penting kerana beliau dan pasukannya tidak mengajar pendidikan khas tetapi mengajar kegiatan luar darjah.

“Apabila kami tidak begitu pasti, kami akan meminta penjaga atau guru untuk membantu. Jadi kami perlu banyak berkomunikasi.

“Ada yang akan beritahu kami bahawa kami boleh bercakap seperti biasa sahaja, atau kami perlu menggunakan perkataan tertentu,” katanya.







Bagi Cik Adibah, pengalaman sekitar setengah tahunnya di XLC telah menunjukkan betapa pentingnya golongan berkeperluan khas juga ikut terangkum dalam masyarakat.

“Bagi saya, mereka juga orang biasa cuma mempunyai keupayaan yang berbeza. Jadi saya rasa adalah penting untuk mereka juga dapat menikmati apa yang kita nikmati,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >