Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Golongan keperluan khas bergaya di Gala Fesyen Amal APSN

Dec 12, 2023 | 11:14 AM
SOKONG ACARA: Tetamu terhormat, Cik Jane Ittogi (enam dari kiri) bersama Pengerusi APSN Education Services Ltd, Cik Ruby Cheah (kanan Cik Ittogi); Naib Pengerusi, APSN Ltd, Encik James Ng (kiri Cik Ittogi); Ketua Pegawai Eksekutif APSN, Encik Stanley Tang (kanan) dan ahli Lembaga dan Jawatankuasa APSN.
SOKONG ACARA: Tetamu terhormat, Cik Jane Ittogi (enam dari kiri) bersama Pengerusi APSN Education Services Ltd, Cik Ruby Cheah (kanan Cik Ittogi); Naib Pengerusi, APSN Ltd, Encik James Ng (kiri Cik Ittogi); Ketua Pegawai Eksekutif APSN, Encik Stanley Tang (kanan) dan ahli Lembaga dan Jawatankuasa APSN. - Foto APSN

APSN mengadakan Gala Fesyen Amal APSN untuk memperkasakan pelajar dan pelatih berkeperluan khasnya pada 8 Disember.

Gala Fesyen Amal oleh badan bagi golongan kurang upaya itu memberi pelajar dan pelatih itu peluang untuk menyusuri pentas peragaan dengan yakin dalam pakaian mampan, yang diilhamkan oleh kreativiti mereka dan dicipta bersama oleh pelajar reka bentuk fesyen dari Politeknik Temasek (TP).

TUNJUK BAKAT: Encik Shawn Goh, yang didiagnos kurang upaya intelektual memperagakan pakaian jenis ‘glam rock’ di acara itu.  Pakaiannya itu direka oleh pelajar tahun pertama  Politeknik Temasek, Cik Mira Nulyanna Olly dan Cik Ng Lay Woon.
TUNJUK BAKAT: Encik Shawn Goh, yang didiagnos kurang upaya intelektual memperagakan pakaian jenis ‘glam rock’ di acara itu. Pakaiannya itu direka oleh pelajar tahun pertama Politeknik Temasek, Cik Mira Nulyanna Olly dan Cik Ng Lay Woon. - Foto ST

Diadakan di Pusat Konvensyen dan Expo Sands, acara pengumpulan dana itu dihadiri tetamu terhormat, Cik Jane Ittogi, isteri Presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan APSN pada 8 Disember, Gala Fesyen 2023 bertemakan ‘Look Good, Do Good’ dengan tumpuan pada kemampanan kerana mereka menggunakan stok pakaian lama daripada rakan kongsinya, Uniqlo serta bahan kitar semula yang lain dalam mencipta pakaian baru.

Melalui acara ini, APSN mengumpul dana dengan matlamat untuk mencapai $300,000 bagi menyokong penerimanya dalam melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk pasaran kerja.

Ini dilakukan melalui latihan vokasional dan perkhidmatan sokongan pekerjaan.

Acara ini bukan sahaja bertujuan mengumpul dana, malah meningkatkan dan meraikan pelbagai bakat penerima bantuan melalui pertunjukan fesyen, persembahan dan karya seni. 

Pelakon tempatan, Julie Tan, yang turut menghadiri majlis dan menyertai peragakan berkata:

“Berjalan di pentas peragaan untuk acara amal yang bermakna ini benar-benar pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Saya berbesar hati kerana mendapat peluang menyertai Gala Fesyen Amal APSN yang mempromosikan keterangkuman dan kemampanan dalam komuniti.’‘

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg