Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Grand Prix S’pura: Perlumbaan F1 pertama diisytihar ‘bahaya haba’

Oct 2, 2025 | 10:47 PM
Litar di Marina Bay merupakan antara perlumbaan Formula Satu (F1) yang paling mencabar.
Litar di Marina Bay merupakan antara perlumbaan Formula Satu (F1) yang paling mencabar. - Foto fail

Grand Prix Singapura telah secara rasmi mengisytiharkan “bahaya haba” bagi Formula Satu (F1) hujung minggu ini.

Pengisytiharan pada 2 Oktober itu adalah kali pertama peraturan baru diguna bagi membantu pemandu F1 menyejukkan badan mereka.

Pengarah perlumbaan, Rui Marques, dalam satu kenyataan pada Khamis petang memaklumkan kepada pasukan mengenai peraturan tersebut.

Ia membolehkan pelumba memakai ves pendingin berikutan suhu sekitaran yang dijangka mencecah 31 darjah Celsius atau lebih tinggi.

“Setelah menerima ramalan daripada Perkhidmatan Cuaca rasmi yang menjangka bahawa Indeks Haba akan melebihi 31 darjah Celsius pada suatu ketika semasa perlumbaan... maka Bahaya Haba diisytiharkan,” kata Marques.

Litar di Marina Bay dianggap sebagai salah satu perlumbaan F1 paling mencabar.

Faktor utama termasuk dari sudut fizikal, seiring suhu panas, tahap kelembapan yang tinggi serta keadaan cuaca yang tidak menentu.

Pemandu boleh menyaksikan penurunan berat badan sehingga tiga kilogram semasa perlumbaan malam yang selalunya berlangsung selama dua jam secara maksimum.

Ves pendingin itu dilengkapi tiub bahan pendingin yang disambung ke pam dan penukar haba.

Bagaimanapun, semasa ujian awal, ada pemandu yang mengadu ia menambah rasa tidak selesa di kokpit yang sememangnya sempit.

Sistem ves pendingin dihasilkan selepas Grand Prix Qatar 2023, apabila beberapa pemandu memerlukan rawatan perubatan selepas berada dalam keadaan kepanasan.

George Russell mencuba ves pendingin semasa Grand Prix Bahrain 2025 dan memberikannya cap jempol.

“Sudah tentu sentiasa akan ada ruang untuk diperbaiki.

““Saya mahu mencubanya. Setakat ini, memang bagus,” akui pemandu Mercedes itu. – AFP.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg