Topic followed successfully
Go to BHkuGuna bot Telegram ‘pancing’ mangsa bawah umur, pesalah berdepan hukuman sebat, penjara
Guna bot Telegram ‘pancing’ mangsa bawah umur, pesalah berdepan hukuman sebat, penjara
Pihak berkuasa prihatin bot ‘Leomatch’ di platform Telegram disalah guna pihak berniat jahat
May 2, 2026 | 5:01 PM
Guna bot Telegram ‘pancing’ mangsa bawah umur, pesalah berdepan hukuman sebat, penjara
Terdapat peningkatan dalam bilangan kes melibatkan individu yang bertemu pasangan seksual dan kanak-kanak di bawah umur 14 tahun melalui bot janji temu di Telegram, Leomatch. - Foto ilustrasi ZAOBAO
Golongan dewasa yang didapati melakukan komunikasi seksual dengan individu bawah umur dan berjumpa dengan mereka boleh berdepan tuduhan pengantunan seksual (sexual grooming), yang membawa hukuman sebat dan penjara.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) serta Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) berkata mereka sedar tentang penggunaan bot ‘Leomatch’ di platform Telegram oleh golongan muda, serta risiko ia disalahgunakan oleh pihak berniat jahat.
Laporan berkaitan
Akta Keselamatan Dalam Talian mula 1 Jan dilaksana kekang jenayah siberJan 2, 2026 | 1:04 PM
Rahayu: Akta Keselamatan Dalam Talian bakal cipta ruang digital selamatNov 24, 2025 | 5:00 PM

