Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guna kredit SkillsFuture sertai kursus kebersihan makanan, siap hidangan warga emas

Aug 20, 2023 | 9:30 PM
MASAKAN SIHAT: Tiga warga emas, (dari kiri) Cik Aminah Ibrahim, Cik Rosnah Sulaiman dan Cik Fatimah Kalip menggunakan kredit SkillsFuture untuk menyertai kursus kebersihan makanan supaya mereka boleh menyiapkan hidangan untuk warga emas lain.
MASAKAN SIHAT: Tiga warga emas, (dari kiri) Cik Aminah Ibrahim, Cik Rosnah Sulaiman dan Cik Fatimah Kalip menggunakan kredit SkillsFuture untuk menyertai kursus kebersihan makanan supaya mereka boleh menyiapkan hidangan untuk warga emas lain. - Foto MCI

Tiga warga emas wanita ini memilih menggunakan kredit SkillFuture masing-masing untuk menabur jasa kepada warga emas lain.

Cik Aminah Ibrahim, Cik Rosnah Sulaiman dan Cik Fatimah Kalip menggunakan kredit tersebut untuk menyertai kursus kebersihan dan penyediaan makanan supaya mereka dapat menyediakan makanan bagi warga emas seperti mereka.

Mereka berkhidmat di Pusat Penuaan Aktif (AAC) yang antara lain menyediakan makanan bagi warga emas

Dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan 2023 pada Ahad, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong berkata beliau kurang percaya hidangan kari ayam yang disiapkan oleh trio tukang masak itu juga disiapkan dengan cara lebih sihat.

“CIk Fatimah memberitahu saya mereka gunakan kurangkan garam dan gula dalam masakan mereka supaya ia menjadi pilihan lebih sihat,” kata Encik Lee.

“Saya rasai kari ayam... dan berkata beliau telah menggunakan santan. Namun beliau berkata tidak... beliau menggunakan susu biasa sahaja. Tapi rasanya sama – sedap sekali!”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg