Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Skim bantu warga emas lalui persaraan akan dipertingkat 

Aug 20, 2023 | 9:30 PM
BANTU HADAPI PERSARAAN: Antara bantuan skim yang diberikan ialah Skim Ihsan Senja, Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) dan Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan (MRSS).
BANTU HADAPI PERSARAAN: Antara bantuan skim yang diberikan ialah Skim Ihsan Senja, Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) dan Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan (MRSS). - Foto ST

Pemerintah akan meningkatkan beberapa skim sedia ada bagi membantu warga emas.

Antaranya, Skim Ihsan Senja, Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) dan Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan (MRSS).

Butiran lanjut tentang peningkatan skim tersebut akan diumumkan pada 2024, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dalam Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad.

Diperkenalkan pada 2016, Skim Ihsan Senja menyediakan sokongan wang tunai bagi setiap suku tahun.

Ia khusus untuk warga emas berpendapatan rendah semasa tahun-tahun mereka bekerja, dan kini tidak punya sokongan keluarga atau tiada bantuan keluarga semasa melalui persaraan.

WIS yang diperkenal pada 2007 pula merupakan langkah menyeluruh yang menambah gaji pekerja berpendapatan rendah untuk membantu mereka menabung bagi persaraan.

Sementara itu, MRSS bertujuan membantu warga emas Singapura dengan simpanan persaraan yang lebih rendah.

Di bawah MRSS, pemerintah akan memadankan tokokan wang tunai yang dibuat pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang layak – bagi setiap dolar – sehingga $600 setahun untuk tempoh selama lima tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg