Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Guna rizab secara hemat, penuhi keperluan generasi sekarang dan masa depan: Indranee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna rizab secara hemat, penuhi keperluan generasi sekarang dan masa depan: Indranee

Feb 07, 2024 | 09:54 PM



Dasar fiskal Singapura mengutamakan keadilan, berhemat serta kemampanan, membolehkan negara ini mencapai hasil sosial dan ekonomi, di samping memastikan ia dapat terus bertahan mengikut kemampuan, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah, pada 7 Februari.

Cik Indranee turut berkata bahawa pihak pembangkang mempunyai tanggapan salah tentang sumber berlebihan negara. 

Beliau memetik contoh sewaktu pandemik di mana jumlah perbelanjaan Covid-19 yang dibiayai daripada pendapatan semasa dan bukannya rizab masa lalu, tidak mencerminkan sumber yang berlebihan.

Sebaliknya, ia mencerminkan pengalihan sumber.

Beliau berkata demikian sewaktu perbahasan usul yang dikemukakan oleh Anggota Parlimen Dilantik (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, yang mencadangkan agar pemerintah mengkaji semula bajet semasa dan dasar pengumpulan rizab.

Semasa membentangkan usulan itu, Encik Leong berkata Singapura kini berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membincangkan bagaimana belanjawan dan dasar pengumpulan rizab boleh diubahsuai untuk menghasilkan ekonomi yang lebih baik untuk rakyat Singapura.

Beliau menambah bahawa tidak ada keperluan untuk merahsiakan saiz rizab masa lalu apabila ia boleh diperoleh daripada maklumat yang tersedia secara umum.


“Pemerintah harus menerima kenyataan ini dan mengeluarkan angka rasmi saiz penuh rizab kewangan supaya rakyat Singapura boleh membincangkan dengan betul belanjawan, cukai dan dasar pengumpulan rizab kami,” tambahnya.

Mengulas tentang usulan itu, Cik Indranee berkata rizab Singapura merupakan aset strategik utama bukan sahaja bagi negara ini, bahkan untuk rakyat Singapura dari setiap generasi.

“Kita menyimpan rizab kita, melaburkannya dan menggunakan pulangan pelaburan secara mampan. Jika perlu, kita akan menggunakan rizab kita untuk membantu Singapura dan rakyat Singapura dalam mengharungi krisis luar biasa,” katanya.

Cik Indranee berkata rakyat Singapura hari ini mendapat manfaat secara langsung daripada rizab setiap tahun melalui Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih (NIRC) dan juga semasa krisis seperti pandemik Covid-19.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa pemerintah tidak membelanjakan semua pulangan pelaburan tersebut. Separuh daripadanya akan disimpan untuk memenuhi keperluan masa depan. 

Dengan itu, pendekatan fiskal dan rizab Singapura disokong oleh prinsip keadilan, berhemat dan kemampanan, tambahnya.


“Jauh daripada apa yang dicadangkan oleh PSP, dasar fiskal dan rizab kita telah membolehkan kita bukan sahaja membantu rakyat Singapura merentas generasi untuk memperbaiki kehidupan mereka, malah juga untuk mencapai perkara yang luar biasa bersama-sama dan melakar masa depan kita dengan penuh keyakinan,” kata Cik Indranee.

Dalam menyokong usulan Encik Leong, ketua Parti Pekerja (WP) dan ketua pembangkang, Encik Pritam Singh menggesa pemerintah supaya bersikap lebih terbuka mengenai angka simpanan negara kepada warga Singapura, sedang kompak sosial sentiasa berubah. 

Beliau berkata: “Ini menjadi lebih nyata ketika kontrak sosial berubah dalam tahun dan dekad mendatang. 

“Kebimbangan isu bukan hanya datang daripada penduduk warga tua atau keperluan penjagaan, tetapi mungkin mobiliti sosial yang semakin perlahan dan kadar kesuburan rendah yang memerlukan lebih ramai imigran dalam populasi yang pada akhirnya menyebabkan persoalan mengenai penggunaan pulangan pelaburan yang lebih saksama.”

Beberapa Anggota Parlimen (AP) lain turut memberi pandangan mereka mengenai usul itu dalam perbincangan yang berlangsung hampir enam jam. 

Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang) mencadangkan pindaan kepada usul PSP, untuk menyeru pemerintah memastikan belajawan sentiasa kekal bertanggungjawab secara fiskal dan mampan, demi membantu rakyat Singapura masa kini mengurangkan beban kewangan mereka dan meningkatkan kualiti kehidupan. 


Ini sambil memastikan pemerintah juga dapat merancang belanjawan yang mampu bertahan untuk generasi masa depan rakyat Singapura.


Cik Indranee menegaskan bahawa mempunyai rizab yang kukuh bermakna negara mempunyai asas kuat dalam membantu mengharungi cabaran. 

Beliau berkata: “Kita mesti dan akan terus melakukan perkara yang sewajarnya untuk rakyat Singapura.

“Ia bukan sekadar memenuhi keperluan rakyat Singapura hari ini. Ini tentang menjaga anak, cucu dan generasi esok.

“Itulah pendekatan yang diambil oleh perintis kita berkenaan dengan rizab, dengan hasilnya kita semua mendapat manfaat hari ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >