Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Guru dan penulis, Noor Hasnah Adam, meninggal dunia setelah lawan barah tiga kali

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru dan penulis, Noor Hasnah Adam, meninggal dunia setelah lawan barah tiga kali

Dec 11, 2023 | 04:25 PM



Mantan guru sekolah dan penulis cerpen, Cik Noor Hasnah Adam, 49 tahun meninggal dunia malam 10 Disember akibat barah yang dialaminya.

Lebih sebulan lalu akhbar ini diberitahu beliau hanya ada dua minggu lagi untuk hidup, akibat barah yang berulang dan telah merebak ke bahagian hati.

Meskipun Allahyarhamha cekal melawan sakit dan terus berjuang untuk sembuh, namun perjalanannya berakhir apabila beliau menghembuskan nafas yang terakhir di kediamannya di Jelapang Road pada malam itu.

Di saat-saat akhirnya, Allahyarhamha ditemani oleh keluarga terdekat termasuk ibu dan tiga dari empat anaknya sebelum disahkan meninggal dunia sekitar 11 malam itu.

Difahamkan anak ketiganya masih berada di Perth, dan sedang menantikan pesawat pulang.

Allahyarhamha merupakan seorang guru dan juga penulis buku yang dikenali dalam kalangan sasterawan.

Antara buku yang pernah diterbitkannya termasuk Mis3 Rasa (Puisi, 2008), KELARAI (cerpen, 2008) dan Mis3 Rasa Budaya (2012).

Sifatnya yang berani dan berjiwa kental membawanya mengembara di pelbagai tempat di pelusuk Asia dalam satu projek amal, merentasi Malaysia, Thailand, Laos, China (Xinjiang), Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, dan Turkmenistan sejurus mendapat berita beliau menghidap barah rahim buat kali pertama pada 2018.

Pengembaraan bermotosikal seorang diri itu berakhir dengan satu kemalangan digilis lori, di mana Cik Noor Hasnah mengalami kecederaan teruk.

Setelah melalui rawatan kemoterapi untuk barah rahim, Allahyarhamha dikejutkan pula dengan barah otak pada 2021 dan terpaksa melalui beberapa pembedahan.

Pada awal 2023, beliau diduga lagi dengan barah yang telah merebak ke bahagian hati.

Kenalan jauh dan dekat kelihatan kerap menziarah dan menemankan beliau sebelum pemergiannya.

Allahyarhamha meninggalkan empat anak, termasuk tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki berumur antara 19 tahun dengan 26 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >