Had pendapatan untuk terima bantuan guaman sivil dinaikkan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Had pendapatan untuk terima bantuan guaman sivil dinaikkan

Sebanyak 35% isi rumah penduduk terbawah kini layak terima bantuan guaman sivil
Mar 2, 2026 | 6:10 PM

Had pendapatan untuk terima bantuan guaman sivil dinaikkan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
bantuan guaman sivil, Minlaw
Sehingga 1,000 lagi rakyat Singapura dan Penduduk Tetap dijangka boleh meraih manfaat setiap tahun apabila had pendapatan untuk menerima bantuan guaman sivil dinaikkan daripada $1,050 kepada $1,650 pada 2026. - Foto fail

Sehingga 1,000 lagi rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) dijangka meraih manfaat setiap tahun apabila had pendapatan untuk menerima bantuan guaman sivil dinaikkan daripada $1,050 kepada $1,650 pada 2026.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Undang-Undang), Encik Eric Chua.

Dengan meningkatkan had tersebut, sebanyak 35 peratus isi rumah penduduk terbawah kini layak bagi menerima bantuan guaman sivil, berbanding 25 peratus sebelumnya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Undang-Undang (MinLaw) pada 2 Mac.

Setakat ini, sekitar separuh daripada pihak yang terlibat dalam kes sivil dalam julat pendapatan yang diperluaskan masih tidak diwakili peguam.

Selain Encik Chua, Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Encik Edwin Tong, turut berucap semasa perbahasan tersebut.

“Langkah ini akan meliputi lebih banyak isi rumah, sekali gus membolehkan mereka mendapatkan nasihat guaman dalam kes-kes yang sesuai.

“Apabila kami menjalankan tinjauan, kami mendapati antara had terdahulu, iaitu $1,050 hingga $1,650, sekitar separuh daripada pihak yang terlibat dalam litigasi sivil dalam julat pendapatan yang diperluaskan ini masih tidak diwakili peguam.

“Ada yang mungkin memilih untuk tidak diwakili, namun selepas pelaksanaan perubahan ini, mereka akan berpeluang mendapatkan bantuan guaman sekiranya perlu.

“Ini akan memperluaskan akses bantuan guaman kepada lebih ramai rakyat Singapura,” kata Encik Tong.

Dalam pada itu, Encik Chua turut berkata had simpanan bank dan pelaburan bukan Tabung Simpanan Pekerja (CPF), BSI, juga akan dinaikkan daripada $10,000 kepada $12,000 bagi kededua bantuan guaman sivil dan bantuan pembelaan jenayah.

“Kami sasar untuk melaksanakan langkah ini pada lewat 2026.

“Pemohon yang mempunyai keadaan yang meruncing atau luar biasa akan terus disemak oleh satu panel ujian kemampuan bebas, yang terdiri daripada karyawan dalam bidang undang-undang dan perkhidmatan sosial.

“Selain daripada skim pemerintah, kami akan terus bekerjasama dengan kumpulan undang-undang serta pihak berkepentingan utama seperti Pro Bono SG bagi memperkukuh ekosistem bantuan guaman buat semua rakyat Singapura,” ujar Encik Chua.

Menurut kenyataan MinLaw, tiga kategori bantuan guaman sivil paling lazim ialah kes kekeluargaan, tuntutan kewangan dan urusan probet.

Pemohon yang layak tidak perlu membayar untuk nasihat guaman sivil, namun mungkin dikehendaki membayar sumbangan kewangan bagi kes bantuan guaman.

Jumlah sumbangan yang dikenakan mengambil kira kemampuan kewangan pemohon, tambah MinLaw.

Sementara itu, Encik Chua turut akur masih banyak yang boleh dilakukan untuk menyediakan khidmat kepada individu kurang upaya atau mempunyai keadaan kesihatan mental, memandangkan keperluan golongan tersebut sering kali menjangkaui sokongan undang-undang semata-mata.

Justeru, Pasukan Petugas Keadilan Inklusif telah dilancarkan pada 8 Januari untuk mempertingkatkan sokongan kepada individu kurang upaya serta mereka yang mempunyai isu kesihatan mental dalam sistem keadilan jenayah.

Memberi kemas kini, Encik Chua berkata pasukan petugas itu telah pun memulakan tugasnya, dan maklumat lanjut akan dikongsi dari semasa ke semasa.

Pasukan petugas sebesar 20 anggota itu dipengerusi bersama Encik Chua dan Pengarah Pengasas PYLegal LLC, Cik Peggy Yee.

“Langkah ini akan meliputi lebih banyak isi rumah, sekali gus membolehkan mereka mendapatkan nasihat guaman dalam kes-kes yang sesuai. Apabila kami menjalankan tinjauan, kami mendapati antara had terdahulu, iaitu $1,050 hingga $1,650, sekitar separuh daripada pihak yang terlibat dalam litigasi sivil dalam julat pendapatan yang diperluaskan ini masih tidak diwakili peguam.”
Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Encik Edwin Tong.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg