Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Had sokongan gaji lebih tinggi bagi program alih kerjaya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Had sokongan gaji lebih tinggi bagi program alih kerjaya

Mar 04, 2024 | 07:08 PM



Majikan akan menerima sokongan gaji lebih tinggi jika menggajikan pekerja dan meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada di bawah skim Program Penukaran Kerjaya (CCP) mulai 1 April, menurut Menteri Tenaga Kerja, Dr Tan See Leng, di Parlimen pada 4 Mac.

Langkah pertama adalah menaikkan had gaji bagi CCP.

Bagi pekerja matang atau mereka yang tidak bekerja bagi tempoh jangka panjang, majikan akan menerima sokongan dana hingga 90 peratus selama tempoh latihan CCP, yang dihadkan pada $6,000 sebulan buat masa ini.

Ini akan dinaikkan kepada $7,500.

“Ini bermakna... majikan boleh menerima hingga $45,000 sokongan gaji bagi setiap pekerja dalam program peralihan enam bulan,” kata Dr Tan.

Pekerja matang merujuk kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas, sementara mereka yang tidak bekerja bagi tempoh jangka panjang adalah mereka yang tidak bekerja dan sedang mencari pekerjaan selama tempoh enam bulan atau lebih.

Peserta CCP lain akan menerima hingga 70 peratus sokongan gaji, yang dihadkan kepada $4,000 sebulan.

Ini akan dinaikkan kepada $5,000.

Sokongan untuk meningkat kemahiran di bawah CCP juga akan akan disediakan bagi lebih banyak peranan pekerjaan.

“Hari ini, CCP akan hanya digunakan untuk meningkat kemahiran pekerja sedia ada dalam pekerjaan yang menghadapi risiko hilang kerelevanan,” kata Dr Tan.

“Namun memandang ke hadapan, kita akan memberi sokongan kepada majikan yang meningkat kemahiran pekerja sedia ada secara proaktif supaya mereka dapat memegang peranan pekerjaan yang baru tumbuh,” tambahnya.

Mulai 1 April, sokongan CCP akan disediakan bagi pekerja sedia ada yang memegang peranan pekerjaan baru tumbuh yang dikenal pasti di bawah Perancangan Perubahan Industri (ITM) atau Perancangan Perubahan Pekerjaan (JTM).

Dikendalikan Tenaga Kerja Singapura, CCP membiayai kos bersama majikan untuk meningkatkan kemahiran pekerja baru atau sedia ada untuk memenuhi peranan pekerjaan yang dipertingkat.

Lebih 7,300 majikan dan 47,000 pekerja meraih manfaat daripada skim CCP antara 2017 dengan 2023, menurut Dr Tan.

Sementara itu, beliau turut memberikan maklumat terkini berkaitan CareersFinder, ciri yang diperkenal bagi portal pekerjaan MyCareersFuture.

Dalam tempoh enam bulan pertama sejak ia dilancarkan, lebih 15,000 individu telah menggunakan ciri tersebut, yang bertujuan membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan mengenal pasti peluang kerjaya berpotensi dan program latihan relevan.

“Tanda-tanda awal ini cukup menggalakkan kerana kami mendapati pekerja ini akan terus mencari peluang lebih meluas dengan mencari kerja dalam bidang yang lebih luas,” ujar Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >