Apabila cuaca di rumah menjadi terlalu panas, pesara berusia 76 tahun, Encik Abdul Razak, sukar tidur walaupun kipas sudah dipasang.

“Saya terpaksa membuka semua tingkap, minum banyak air dan mandi. Jika semua itu tidak berkesan, saya akan keluar dari flat dan turun ke bawah,” katanya.

Bagi Encik Abdul, yang menghidap diabetes dan menggunakan kerusi roda, keadaan cuaca panas menambahkan lagi cabaran dalam kehidupan sehariannya.

Oleh itu, beliau biasanya keluar rumah sebelum 10 pagi dan hanya pulang pada waktu malam bagi mengelakkan diri daripada berada di dalam rumah ketika cuaca panas pada sebelah petang.

Keadaan sama turut dihadapi Cik Ta Gamas, 80 tahun, yang cuba mengurangkan rasa panas dengan kerap mandi atau memasang satu-satunya kipas berdiri miliknya.

Bagi Encik Wong Hoi, 80 tahun, dan isterinya, Cik Chang Nguk Lan, 73 tahun, ruang dapur dan tandas pula terasa sangat panas kerana aliran udara daripada kipas mereka tidak sampai ke kawasan tersebut.

Bagi warga emas yang tinggal di flat sewa di Punggol North ini, mendapatkan suasana rumah yang lebih sejuk bukan semudah menekan suis penyaman udara.

Cik Chang Nguk Lan bersama kipas berdiri KDK baharunya, antara penyelesaian penyejukan yang disesuaikan dengan keadaan rumah beliau bagi meningkatkan aliran dan pengudaraan udara.
Cik Chang Nguk Lan bersama kipas berdiri KDK baharunya, antara penyelesaian penyejukan yang disesuaikan dengan keadaan rumah beliau bagi meningkatkan aliran dan pengudaraan udara. - FOTO CAPITAL DISTRIBUTORS

Tekanan haba yang sukar disedari

Walaupun cuaca panas pada siang hari dan malam yang hangat sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan di Singapura yang beriklim tropika, sesetengah penduduk lebih terdedah kepada kesan haba berbanding yang lain.

Pengurus Besar Capital Distributors, pengedar eksklusif KDK di Singapura, Encik Lim Weili, berkata:

“Sedang Singapura menjadi semakin panas, usaha menangani haba semakin penting kerana ia boleh menjejas kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan secara keseluruhan. Keadaan ini amat penting khususnya bagi golongan yang lebih terdedah kepada risiko, seperti warga emas.”

Beliau menambah: “Ramai warga emas mungkin mempunyai masalah kesihatan sedia ada yang menyebabkan mereka lebih sensitif terhadap haba. Oleh itu, menyediakan persekitaran tempat tinggal yang lebih sejuk dan selesa amat penting bagi mereka.”

Menyedari keperluan itu, Capital Distributors mengambil kesempatan sempena ulang tahun ke-30 sebagai pengedar eksklusif KDK di Singapura untuk meneliti dengan lebih menyeluruh bagaimana aliran udara, pengudaraan dan faktor lain mempengaruhi keselesaan di rumah.

Bagi memahami dengan lebih mendalam keadaan tempat tinggal dan keperluan keselesaan penduduk, syarikat itu bekerjasama dengan firma perunding Sustainable Living Lab (SL2), yang mengendalikan StayCool, sebuah program masyarakat bagi membantu penduduk menyesuaikan diri dengan cuaca panas.

Menurut Pengurus Negara SL2 bagi Singapura, Cik Celeste Koh, tanda-tanda tekanan haba juga sukar dikenal pasti.

Gejala awal seperti sakit kepala, pening atau rasa letih yang luar biasa mudah disalah anggap sebagai ketidakselesaan biasa.

“Apabila usia meningkat, keupayaan tubuh mengawal suhu menjadi semakin kurang berkesan. Oleh itu, warga emas mungkin tidak menyedari atau bertindak balas terhadap peningkatan suhu dengan cepat,” kata Cik Koh.

Beliau menjelaskan bahawa tahap kepanasan berbeza mengikut lokasi, bergantung pada kepadatan bangunan, jumlah kawasan hijau dan tempat teduh serta banyaknya permukaan konkrit di sekeliling sesebuah blok.

Konkrit menyimpan haba, menyebabkan dinding masih terasa panas apabila disentuh walaupun beberapa jam selepas matahari terbenam.

Malah, keadaan suhu boleh berbeza antara rumah dalam kawasan kejiranan yang sama, termasuk dalam blok yang sama.

Perbezaan itu bergantung pada jumlah cahaya matahari yang masuk secara langsung, pergerakan udara di dalam rumah dan cara ruang digunakan.

Menurut Cik Koh, suhu di dalam rumah boleh terasa sehingga tujuh darjah Celsius lebih tinggi berbanding di luar, menunjukkan bahawa sesetengah rumah masih menyimpan haba lama selepas waktu malam.

 Kakitangan Capital Distributors bersama 100 kipas berdiri KDK yang diagihkan kepada penduduk pada 26 September sebagai sebahagian daripada inisiatif masyarakat sempena ulang tahun ke-30 syarikat itu.  
 Kakitangan Capital Distributors bersama 100 kipas berdiri KDK yang diagihkan kepada penduduk pada 26 September sebagai sebahagian daripada inisiatif masyarakat sempena ulang tahun ke-30 syarikat itu.   - FOTO CAPITAL DISTRIBUTORS

Penyelesaian disesuaikan mengikut keperluan setiap rumah

Capital Distributors dan SL2 mengunjungi tiga isi rumah di Punggol North yang dikenal pasti dengan bantuan Rangkaian Penduduk (RN).

Kedua-dua pihak menggunakan kepakaran masing-masing untuk mencapai matlamat bersama, iaitu menjadikan kediaman penduduk lebih sejuk dan selesa.

SL2 meneliti bagaimana haba terkumpul di setiap rumah dan kesannya terhadap penduduk.

Penilaian itu dibuat berdasarkan pengalaman penduduk menjalani kehidupan seharian di rumah, selain menggunakan alat pengesan yang dipasang bagi memantau keadaan suhu dari semasa ke semasa.

Pakar Capital Distributors pula meneliti susun atur rumah, aliran udara dan sistem pengudaraan sebelum menentukan gabungan produk yang sesuai untuk meningkatkan mutu udara dalaman mengikut keperluan setiap kediaman.

Setiap isi rumah menerima kipas siling menggunakan motor arus terus (DC) yang dipasang di ruang tamu.

Kipas pengudaraan turut dipasang di tandas bagi membantu mengurangkan kelembapan dan meningkatkan aliran udara.

Penyelesaian lain turut disediakan, termasuk kipas meja, kipas dinding dan pemanas air, yang merupakan antara produk terbaharu KDK.

“Kami berharap inisiatif ini dapat meningkatkan keselesaan isi rumah yang mengambil bahagian dan membawa perubahan bermakna serta memberi kesan positif kepada kehidupan seharian mereka,” kata Encik Lim.

Penduduk yang menerima bantuan itu berkata mereka sudah dapat merasakan perbezaannya.

“Rumah saya tidak sepanas dahulu dan saya juga semakin kurang berpeluh,” kata Cik Ta.

Encik Abdul turut bersetuju.

“Rumah saya sekarang lebih selesa, jauh lebih baik berbanding dahulu,” katanya.

Sementara itu, Encik Wong dan Cik Chang berkata mereka kini hanya perlu mandi dua kali sehari, berbanding sebelum ini apabila mereka terpaksa mandi berulang kali untuk menyejukkan badan.

Membawa keselesaan dan kesejukan kepada lebih ramai penduduk 

Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, bersama Pengurus Besar Capital Distributors, Encik Lim Weili, dan Pengurus Negara Sustainable Living Lab, Cik Celeste Koh, serta penduduk, Cik Chang Nguk Lan, pada acara pengagihan kipas KDK pada 26 September.
Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, bersama Pengurus Besar Capital Distributors, Encik Lim Weili, dan Pengurus Negara Sustainable Living Lab, Cik Celeste Koh, serta penduduk, Cik Chang Nguk Lan, pada acara pengagihan kipas KDK pada 26 September. - FOTO CAPITAL DISTRIBUTORS 

Tahun ini, Capital Distributors meraikan ulang tahun ke-30 sebagai pengedar eksklusif KDK di Singapura dengan menganjurkan acara masyarakat di Punggol North pada 26 September.

Acara itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, atas kapasiti beliau sebagai penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC Punggol.

Beliau turut mengunjungi beberapa rumah penduduk terpilih untuk melihat sendiri bagaimana aliran udara dan pengudaraan di kediaman mereka telah dipertingkatkan secara menyeluruh.

Kakitangan Capital Distributors turut berada di lokasi untuk mengagihkan 100 kipas kepada penduduk semasa acara tersebut.

Sebahagian kakitangan juga membantu warga emas dan penduduk yang memerlukan bantuan tambahan, termasuk mengangkat kipas yang diterima sehingga ke rumah mereka.

Penduduk dan keluarga mereka turut berpeluang memahami dengan lebih mendalam mengenai haba menerusi pameran alat pengesan suhu oleh Sustainable Living Lab (SL2).

Mereka juga dapat melihat model kipas KDK lama yang mengimbau kenangan serta menyertai pelbagai kegiatan menarik, termasuk bergambar di ruang foto khas dan menikmati aiskrim.

Rencana dibawakan oleh KDK
Rencana dibawakan oleh KDK - FOTO CAPITAL DISTRIBUTORS 
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti