Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hadir sesi kaunseling selepas perkahwinan kedua dilanda masalah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hadir sesi kaunseling selepas perkahwinan kedua dilanda masalah

Jan 21, 2024 | 05:30 AM



Kegagalan dalam perkahwinan pertamanya tidak menutup pintu hati Cik Masyitah (bukan nama sebenar) untuk berkahwin semula.

Usia perkahwinan pertamanya hanya bertahan selama dua tahun, di mana beliau mendirikan rumah tangga tersebut pada tahun 2007, sebelum disahkan bercerai pada tahun 2011 kerana bekas suami kurang didikan agama.

Hasil perkahwinan pertamanya, Cik Masyitah dikurniakan seorang anak lelaki berusia 14 tahun, yang turut menggalakkan beliau untuk berkahwin sekali lagi.

Selepas membuka hati mengenali suaminya terkini lebih kurang setahun, mereka kemudian mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan pada Februari 2021.

HADAPI PASANGAN CURANG

Walau bagaimanapun, perkahwinan keduanya tidak seindah disangka, apabila beliau diuji dengan isu kecurangan suami.

Berkongsi pengalaman mengharungi badai rumah tangga keduanya, Cik Masyitah, 40 tahun, berkata: “Kecurangan ini berlaku dalam tempoh perkenalan dan perkahwinan kami.

Hanya selepas setahun setengah kemudian, barulah saya mendapat tahu tentang perkara tersebut.

“Selepas kejadian ini, saya menguatkan diri mencari penyelesaian. Pada masa yang sama, saya mengalami kesukaran untuk meluahkan kekecewaan terhadap dugaan yang berlaku. Lalu, suami mencadangkan agar saya mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga.

“Justeru, saya mendapatkan khidmat bimbingan kaunseling di PPIS Vista Sakinah. Ia menyediakan ruang selamat untuk saya meluahkan perasaan dan segala kebimbangan yang terbuku dalam hati.

“Kaunselor juga mendorong keyakinan saya untuk meneruskan potensi perkahwinan sedia ada. Daripada situ, saya sedar tentang kepentingan usaha kedua-dua pihak dalam menyelamatkan rumah tangga kami.”

UTAMAKAN PERASAAN ANAK-ANAK

Walaupun dicurangi dan hampir mengalah, namun Cik Masyitah tetap bertahan atas beberapa faktor yang mempengaruhi keputusannya.

“Tidak dinafikan, beliau (suaminya) seorang bapa yang hebat dan saya ingin anak - anak merasai kehadiran ‘bapa’ dalam rumah. Walaupun banyak kekurangan, tetapi dia juga membantu kerja-kerja rumah. Sebenarnya, dia seorang lelaki harapan keluarga.

“Anak suami yang berusia 18 tahun juga mesra dengan anak lelaki saya. Sekarang ini, kami memiliki seorang lagi bayi lelaki berusia 6 bulan. Alhamdulillah, semua sangat menyayanginya,” cerita Cik Masyitah yang bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat tempatan.

MEMILIH YANG TERBAIK

Yakin dengan keputusannya, Cik Masyitah menambah lagi: “Saya sudah menyendiri selama hampir 12 tahun sebelum perkahwinan kedua. Jadi, saya memahami perasaan membesarkan anak berseorangan dan tidur bersendirian. Jika perlu, saya boleh melalui semua itu kembali. Tetapi, saya memilih untuk tidak.

“Buat masa ini, kami masih lagi berusaha untuk meningkatkan perkahwinan. Kisah saya diharapkan dapat memberi pengajaran yang membuka peluang kepada kita untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

“Dengan menumpukan lebih banyak masa kepada Maha Pencipta, ia akan mengurangkan masa seseorang daripada berfikir benda yang tidak perlu,” pesan beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >