Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hak warisan: Siapa berhak tuntut batik dan cendol?

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hak warisan: Siapa berhak tuntut batik dan cendol?

Feb 18, 2024 | 02:03 PM



Adakah cendol milik Malaysia atau bolehkah Singapura menuntutnya?

Batik itu sememangnya sinonim dengan Indonesia ataupun Malaysia? Siapa yang mempunyai hak untuk menuntutnya?

Demikian antara kupasan yang dibincangkan semasa forum bertajuk The Destiny of Heritage – Our Common Challenges atau Takdir Warisan – Cabaran Bersama pada 17 Februari.


Forum tersebut, yang diadakan di bangunan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) mengupas tentang pelestarian warisan dan nuansa pemilikan serta masalah yang timbul daripada usaha menginstitusikan objek dan tempat. Ia merupakan sesi Sembang Ilmu Plus (+) anjuran Yayasan Warisan Melayu (MHF) dan disokong Andika Warisan, Yayasan Temasek.

Mengulas tentang pelestarian warisan, Pensyarah Kanan di Jabatan Sosiologi & Antropologi, Universiti Nasional Singapura (NUS) Dr Ivan Kwek Eng Tai dan Pensyarah, Pengurusan Seni di Maktab Seni Lasalle Cik Sunitha Janamohanan, berkata bahawa terdapat cabaran yang timbul apabila badan negara mengambil langkah melindungi dan memelihara objek atau kenangan.

Cik Sunitha memberi contoh tentang wacana dalam talian mengenai cendol dan batik dan bagaimana ia boleh membawa kepada perbincangan tentang hak menuntut warisan.

“Untuk mengerti nilai warisan, hubungan bermakna mesti terjalin antara individu dan masyarakat agar dapat bergerak melangkaui retorik permukaan badan rasmi seperti Unesco.

“Ia dapat membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang pemeliharaan warisan,” kata Cik Sunitha.

Beliau turut menjelaskan etimologi di sebalik perkataan ‘common’ yang mempunyai unsur latin yang menggabungkan perkataan umum dan masyarakat.

Mengenai kepentingan pendidikan warisan di kalangan belia, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Rentas Budaya Politeknik Temasek, Cik Aidli Mosbit berkata bahawa ia dapat membangunkan identiti budaya untuk mengupayakan belia menjadi masyarakat global yang saling berkaitan.

“Pembelajaran berasaskan pengalaman di mana pelajar digalak ke luar negara adalah penting untuk membangunkan keupayaan kognitif, psikologi dan sosial mereka,” kata Cik Aidli.

Beliau juga berkongsi tentang teori ‘iceberg’ yang memberi amaran agar tidak menilai budaya hanya berdasarkan apa yang dilihat kerana pemerhatian dari permukaan sahaja mungkin membawa kepada salah tafsir.

Oleh itu, pengalaman mengalami budaya yang berbeza akan membolehkan belia menghargai dan mempelajari warisan mereka sendiri.

Forum tersebut berakhir dengan sesi soal jawab yang dipengerusikan Teman Warisan MHF, Cik Shireen Marican.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >