Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lestari amalan tradisi seiring perkembangan inovasi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lestari amalan tradisi seiring perkembangan inovasi

Jan 22, 2024 | 03:41 PM



Acara seperti Hari Warisan penting kerana ia menyediakan platform untuk meraikan kekayaan warisan masyarakat Melayu sambil mempamerkan evolusinya yang rancak.

Perkara itu ditekankan Pengerusi Yayasan Warisan Melayu (YWM), Dr Norshahril Saat, pada edisi ketiga Hari Warisan yang diadakan di Wisma Geylang Serai pada 20 Januari.

“Kami bukan hanya menghormati masa lalu; malah kami giat berusaha membentuk masa depan komuniti kami...selaras dengan objektif Yayasan Warisan Melayu untuk menjaga warisan Melayu bagi semua, dan kami menjadi pemimpin pemikiran dalam hal-hal berkaitan identiti Melayu,” jelas beliau.

Acara itu dihadiri Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Menurut Dr Norshahril, YWM memainkan peranan sebagai penjaga warisan Melayu selama 25 tahun, memperjuangkan pemeliharaan dan perayaan warisan dan budaya unik masyarakat Melayu.

“Kami telah berusaha merapatkan jurang antara generasi, memastikan kebijaksanaan dan keindahan warisan kami terus memberi inspirasi dan panduan kepada kita semua,” katanya.

Tema Hari Warisan 2024, ‘Era Dulu dan Kini’, mencerminkan perjalanan masyarakat Melayu, mengiktiraf sumbangan nenek moyang, sekali gus sifat tradisi budaya yang sentiasa berkembang.

Dr Norshahril menekankan bahawa tradisi bukanlah statik, malah ia sentiasa berubah untuk menyesuaikan keperluan masyarakat.

YWM juga secara aktif melibatkan golongan belia melalui daya utama yang diterajui belia seperti Siri Sembang Ilmu Plus (+), yang bertujuan memperkasa golongan muda dalam isu berkaitan warisan dan budaya Melayu.

“Saya berbesar hati dapat berkongsi bahawa lebih 200 belia telah memperoleh manfaat daripada sesi ini,” ujar Dr Norshahril.

Mengenai masa depan, Dr Norshahril bercakap tentang komitmen MHF memupuk bakat muda, memperkasa pengamal budaya, dan menjalin perkongsian untuk menjangkau khalayak yang lebih luas.

Beliau turut menekankan tentang kepentingan penggunaan teknologi untuk mencipta alat pendidikan dan pengalaman interaktif yang menjadikan warisan boleh diakses oleh semua.

Ketika YWM bersiap sedia menyambut ulang tahunnya yang ke-25, Dr Norshahril meminta sokongan dan sumbangan berterusan daripada masyarakat untuk membangunkan keupayaan pengamal dalam sektor warisan dan budaya.

Beliau juga meluahkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), Majlis Kesenian Kebangsaan, Wisma Geylang Serai, dan Pusat Warisan Melayu atas sokongan mereka terhadap Hari Warisan.

Sebagai penutup, Dr Norshahril mengajak semua orang supaya berganding bahu, hati, dan suara dalam meraikan keindahan, ketabahan, dan kedinamikan warisan Melayu.

“Mari kita mencipta satu ‘simfoni’ tradisi dan inovasi, di mana ‘Era Dulu’ bergema harmoni dengan melodi rancak ‘Kini’,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >