Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hampir 1,000 klinik dibuka pada Tahun Baru Cina

Feb 8, 2024 | 6:04 PM
Orang ramai digalak melawat klinik perubatan umum atau GP jika mereka mengalami sakit ringan dan membuat janji temu atau menghubungi klinik sebelum ke sana.
Orang ramai digalak melawat klinik perubatan umum atau GP jika mereka mengalami sakit ringan dan membuat janji temu atau menghubungi klinik sebelum ke sana. - Foto ST

Hampir 1,000 klinik perubatan umum (GP) akan dibuka pada masa yang berbeza semasa cuti umum Tahun Baru Cina dari 9 Februari hingga 12 Februari 2024.

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada 8 Februari berkata, orang ramai boleh mendapatkan senarai klinik dan waktu operasinya di laman kementerian itu, atau laman Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dan Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas). 

Sebanyak 17 klinik akan dibuka 24 jam selama empat hari, manakala 101 klinik pula akan dibuka pada 10 Februari, sewaktu hari pertama Tahun Baru Cina.

Sementara itu, 149 klinik akan dibuka pada 11 Februari, manakala 250 klinik akan dibuka pada 12 Februari.

MOH berkata, orang ramai digalak melawat GP jika mereka mengalami sakit ringan dan membuat janji temu atau menghubungi klinik sebelum mereka ke sana.

Kementerian itu menambah, orang ramai hanya perlu pergi ke jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E)  di hospital untuk kecemasan yang serius atau mengancam nyawa, seperti sakit dada, sesak nafas atau pendarahan yang tidak terkawal.

Individu yang tidak mengalami kecemasan yang mengancam nyawa harus mengelak daripada menghubungi talian 995 supaya perkhidmatan perubatan kecemasan boleh memberi respon pantas kepada panggilan kecemasan sebenar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg