Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Setiap poliklinik mampu terima 30,000 pendaftaran SG Lebih Sihat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setiap poliklinik mampu terima 30,000 pendaftaran SG Lebih Sihat

Feb 07, 2024 | 03:29 PM



Secara purata, setiap poliklinik di Singapura mampu menerima 30,000 pendaftaran di bawah daya usaha SG Lebih Sihat atau Healthier SG, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, pada 7 Februari.


Namun beliau menegaskan bahawa kapasiti pendaftaran SG Lebih Sihat bagi setiap poliklinik berbeza, bergantung pada saiz dan beban kerja sedia ada.

Daripada 25 poliklinik yang ada di negara ini, 19 poliklinik masih mempunyai kapasiti untuk mengambil lebih banyak pendaftaran. 

Sementara itu, enam poliklinik menyediakan tempat untuk pesakit kronik yang mendapatkan rawatan di sana. 

Sekiranya jumlah pesakit kronik yang berdaftar di bawah SG Lebih Sihat tidak ramai, mereka akan memutuskan sama ada untuk mengambil pesakit baru atau pesakit yang tidak selalu mendapatkan rawatan di sana. 

Dr Janil berkata demikian di Parlimen ketika menjawab soalan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) mengenai purata kapasiti pendaftaran untuk SG Lebih Sihat di setiap poliklinik.

Encik Giam juga bertanya tentang bilangan poliklinik yang telah mencapai kapasiti penuh dan tidak lagi menerima pendaftaran SG Lebih Sihat.

Dr Janil turut menggalakkan penduduk untuk mendaftar dengan klinik perubatan umum (GP) swasta lain di bawah daya usaha ini. 

“Malah, ciri utama SG Lebih Sihat ini adalah untuk melanjutkan faedah pendaftaran-masuk pencegahan (preventative check-ins) yang diberi subsidi sepenuhnya, pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi, serta subsidi ubat kronik kepada klinik swasta,” kata Dr Janil.

Sehingga 23 Januari, sekitar 700,000 penduduk Singapura telah mendaftar di bawah SG Lebih Sihat. 

Penduduk berusia 40 tahun dan ke atas boleh mendaftar dengan klinik atau poliklinik atau GP SG Lebih Sihat pilihan mereka melalui aplikasi HealthHub atau di 39 stesen pendaftaran di pusat dan kelab masyarakat atau poliklinik.

Menjawab soalan lain daripada Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) berhubung kesesakan jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E) di hospital awam, Dr Janil akur bahawa terdapat keperluan untuk terus mendidik orang ramai mengenai cara yang tepat untuk menggunakan A&E. 

Beliau menambah dengan pelaksanaan SG Lebih Sihat, kesemua 1,000 klinik GP sudahpun berada dalam program GPFirst (yang mementingkan doktor keluarga dahulu).

Di samping itu, pemerintah juga telah menubuhkan pusat penjagaan segera di kawasan utara Singapura, yang telah membantu meringankan beban di jabatan kecemasan dan kemalangan (A&E) Hospital Khoo Teck Puat.

Hospital juga sedang menggalakkan penggunaan teleperubatan yang lebih meluas, termasuk talian bantuan untuk mencadangkan tempat untuk mendapatkan rawatan, tambah Dr Janil.

“Semua inisiatif ini sedang berjalan sambil kami terus menguruskan peningkatan beban kes akibat wabak penyakit berjangkit dan populasi yang semakin menua,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >