Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hampir $20,000 nilai bantuan Dana Kita Prihatin Pondok Gelam 2024 dikumpul

Apr 1, 2024 | 1:31 PM
Para sukarelawan bergotong-royong dalam membungkus dan menyediakan habuan sebelum disampaikan kepada penerima di bawah Dana Kita Prihatin kali ini.
Para sukarelawan bergotong-royong dalam membungkus dan menyediakan habuan sebelum disampaikan kepada penerima di bawah Dana Kita Prihatin kali ini. - Foto PONDOK GELAM

Kelab Pondok Peranakan Gelam (PPGC), sebuah kumpulan bantu diri bagi masyarakat Bawean berjaya mengutip derma dalam bentuk barangan keperluan Hari Raya dan sumbangan berjumlah hampir $20,000 bagi Dana Kita Prihatin yang diusahakannya.

Hasil projek Dana Kita Prihatin itu, PPGC telah mengagihkan habuan bagi sambutan Hari Raya dan sumbangan wang tunai $150 kepada 30 ahlinya yang memerlukan pada 30 Mac.

“Alhamdulillah, buat tahun ketiga, Dana Kita Prihatin Pondok Gelam berjaya mengumpulkan hampir $20,000, termasuk barangan yang diperolehi daripada beberapa projek pengumpulan dana seperti derma kilat dan pemberian daripada orang perseorangan,” jelas setiausaha agung kehormat PPGC, Encik Borhan Saini.

Ahli jawatankuasa Pentadbir Pondok Gelam telah mengunjungi lebih 30 penerima dana untuk menyampaikan barang keperluan Syawal seperti kuih Raya, sirap minuman, keperluan asas seperti minyak masak, beras, gula serta wang tunai $150.

Pada 2023, seramai 26 penerima mendapat sokongan di bawah projek tersebut.

Antara penerimanya termasuk mereka yang mengalami penyakit kritikal selain golongan kurang upaya.

“Kami berasakan mereka perlu dibantu dan sumbangan yang dihulurkan menandakan keprihatinan kami kepada keadaan mereka. Ini membantu memperkukuh keyakinan mereka untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

“Besar harapan kami semoga projek ini akan membawa kesan yang mendalam terutama kepada generasi muda yang turut serta menyumbang tenaga dalam menjayakan projek kali ini sebagai meneruskan warisan Pondok Gelam,” tambah Encik Borhan. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg