Topik diikuti
Pergi ke BHkuHampir 30 tahun urus jemaah, komited beri khidmat haji terbaik
Hampir 30 tahun urus jemaah, komited beri khidmat haji terbaik
Bagi umat Islam, peluang menunaikan ibadah haji ialah detik amat bermakna dan impian sepanjang hayat.
Justeru, persediaan untuk ke Tanah Suci bukan sahaja perlu melibatkan aspek kewangan dan fizikal, malah memerlukan bimbingan agama serta pengurusan perjalanan yang terancang bagi memastikan jemaah dapat menumpukan perhatian kepada ibadah.
Dengan pengalaman dalam industri perkhidmatan sejak 1998, Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd, membawa pendekatan berasaskan profesionalisme, keprihatinan dan amanah dalam menawarkan pengurusan perjalanan haji pada 2027.
Berpegang kepada prinsip ‘Jujur, Mesra, Amanah’, syarikat ini sentiasa menitikberatkan mutu perkhidmatan, khususnya dalam memastikan keperluan, keselesaan dan kebajikan jemaah mendapat perhatian sepanjang berada di Tanah Suci.
BIMBINGAN IBADAH JADI KEUTAMAAN
Salah satu keistimewaan Noor Mohamad Services & Travel ialah penekanan terhadap pendidikan dan bimbingan ibadah sebelum dan sepanjang perjalanan haji jemaah.
Bimbingan dikendalikan oleh asatizah bertauliah, antaranya Ustazah Juyda Noor Mohamad, dan Ustaz Mohammad Hafiz Kusairi, yang membantu jemaah memahami tatacara atau manasik haji dengan lebih jelas dan mendalam.
Melalui kursus manasik haji yang disediakannya, bakal jemaah didedahkan kepada hukum-hakam, rukun dan wajib haji, persediaan rohani serta cabaran yang mungkin dihadapi di Tanah Suci.
Pendekatan ini bertujuan membina keyakinan jemaah agar mereka bukan sahaja mengetahui cara melaksanakan ibadah itu malah memahami hikmah dan penghayatan di sebalik setiap amalan.
JEMAAH SELESA, KEBAJIKAN TERPELIHARA
Menguruskan perjalanan haji memerlukan perancangan teliti, khususnya dalam aspek penginapan, pengangkutan, pemakanan dan pergerakan jemaah sepanjang berada di Madinah, Makkah serta kawasan masyair.
Noor Mohamad Services & Travel mengutamakan penyelarasan setiap aspek perjalanan haji agar jemaah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah.
Antara kemudahan yang disediakan dalam pakej haji syarikat ini ialah penginapan di Madinah dan Makkah, sajian bufet antarabangsa, pengangkutan, ziarah serta pengurusan perjalanan ke Arafah dan Mina.
Selain itu, kebajikan jemaah turut dititikberatkan melalui penyediaan cenderahati dan kelengkapan haji bagi membantu melancarkan persediaan mereka.
Syarikat ini percaya setiap anggota jemaah mempunyai keperluan dan kemampuan berbeza.
Oleh itu, pendekatan yang mesra, prihatin dan berhemah sentiasa menjadi sebahagian daripada budaya perkhidmatannya.
PILIH PAKEJ HAJI IMPIAN ANDA
Bagi musim haji 1448 Hijrah, Noor Mohamad Services & Travel menawarkan empat pakej yang disusun mengikut tempoh perjalanan dan keperluan jemaah.
Pakej NOOR 1 menawarkan perjalanan 25 hari; NOOR 2 (selama 28 hari); NOOR 3 (selama 23 hari); dan NOOR 4 (selama 18 hari).
Kesemua pakej menawarkan penerbangan bersama Saudia Airlines dan penginapan serta perkhidmatan yang diperincikan dalam pakej masing-masing.
Pilihan ini memberikan ruang kepada bakal jemaah untuk membuat pertimbangan berdasarkan tempoh perjalanan, keselesaan, keperluan peribadi dan kemampuan kewangan.
AMANAH MEMBIMBING ‘DHUYUFURRAHMAN’
Bagi Noor Mohamad Services & Travel, menguruskan jemaah haji bukan sekadar menyediakan pakej perjalanan, bahkan satu tanggungjawab dan amanah besar dalam menyantuni tetamu Allah, atau ‘Dhuyufurrahman’.
Setiap anggota jemaah mempunyai perjalanan, harapan dan impian tersendiri dalam menantikan peluang menunaikan ibadah haji.
Ada yang telah bertahun-tahun membuat persiapan dan menabung, ada yang menanti sekian lama untuk menjadi tetamu Allah swt, manakala ada juga yang bakal menunaikan ibadah haji buat julung-julung kalinya.
“Hasrat kami bukan membawa jemaah ke Tanah Suci sahaja, malah membantu mereka melaksanakan ibadah haji dengan ilmu, keyakinan dan ketenangan.
“Setiap (anggota) jemaah ialah tetamu Allah yang perlu kami santuni sebaik mungkin. Inilah amanah yang sentiasa kami pegang,” kata Pengarah Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda.
Semoga semua usaha dan perjalanan yang dilaksanakan diberkati Allah swt, dan semua jemaah dikurniakan haji mabrur.
DAPATKAN MAKLUMAT PAKEJ HAJI ANDA:
– Hubungi talian 6743-6321 / 9225-1684
– Kunjungi 810 Geylang Road, #01-88, City Plaza, Singapura 409286
– Layari pautan, www.noormohamad.com
– E-mel kepada noormst@gmail.com