Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hampir semua murid madrasah lulus PSLE

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir semua murid madrasah lulus PSLE

Dec 11, 2023 | 05:30 AM



Perasaan berkecamuk jelas terpancar pada raut wajah Munawarah Wasilah sebelum murid Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah itu menerima keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 22 November.

Perasaan itu berubah menjadi syukur setelah Munawarah melihat keputusannya.

“Jika murid yang menduduki PSLE pada 2021, iaitu tahun yang paling mencabar bagi kertas Matematik boleh mengatasinya, mengapa tidak saya pada 2023,” katanya ketika diwawancara Berita Harian tentang pengalamannya menduduki PSLE.


Munawarah menunjukkan dedikasi dan ketekunannya melakukan yang terbaik dalam apa jua mata pelajaran dengan bimbingan guru, ibu bapa, jiran dan teman-temannya, yang tidak putus-putus memberi sokongan.

Apabila ditanya tentang rancangan masa hadapan, murid berusia 12 tahun itu berkata: “Saya tidak sabar hendak ke peringkat menengah di Al-Ma’arif dan saya ingin sekali belajar tentang kimia dan sejarah.

“Tapi saya juga sedih kerana mungkin akan berpisah dengan kawan-kawan saya yang akan melanjutkan pengajian mereka di madrasah lain atau di Malaysia”.

Munawarah antara 335 daripada 338 murid Darjah 6 di empat madrasah di Singapura yang menduduki dan lulus PSLE 2023.

Empat madrasah itu ialah Alsagoff Al-Arabiah, Al-Ma’arif Al-Islamiah, Irsyad Zuhri Al-Islamiah dan Wak Tanjong Al-Islamiah.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 22 November, sepanjang lima tahun lalu, purata 99.1 peratus murid madrasah lulus PSLE setiap tahun.

Keempat-empat madrasah itu berjaya melepasi penanda aras PSLE ​​sepanjang 10 tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >