Hanifaa Frozen Food: 6 dekad perkukuh niaga keluarga di S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hanifaa Frozen Food: 6 dekad perkukuh niaga keluarga di S’pura

Mar 24, 2026 | 5:30 AM

Hanifaa Frozen Food: 6 dekad perkukuh niaga keluarga di S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Hanifaa Frozen Food, Pembekal Daging Halal Singapura, Mohamed Hanifa Abdul Hamid, Daging Import Australia, Perniagaan Keluarga Singapura, Rendang Raya SG
Pengerusi Hanifaa Frozen Food Pte Ltd, Encik Mohamed Hanifa Abdul Hamid (kiri), bersama anaknya yang juga pengarah urusan syarikat itu, Encik Mohamed Haneefa Iqbal. - Foto fail

Kisah perniagaan keluarga yang bermula dari bawah memang banyak di Singapura.

Walaupun segelintir syarikat tidak mampu bertahan, ada juga yang berkembang dan masih kukuh hingga kini.

Antara firma tersebut adalah Hanifaa Frozen Food Pte Ltd, sebuah syarikat pengimport, pembekal, pemborong dan peruncit produk daging yang telah bertapak di Singapura lebih 60 tahun.

Syarikat itu diasaskan Encik Mohamed Hanifa Abdul Hamid, yang kini pengerusi syarikat tersebut.

Beliau dibantu anaknya, yang juga merupakan pengarah urusan, Encik Mohamed Haneefa Iqbal.

Menyentuh tentang bagaimana syarikat tersebut mampu bertahan sehingga kini, Encik Iqbal berkata:

“Kami utamakan mutu dan memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan.

“Ini penting agar syarikat kami terus bertahan dalam suasana perniagaan yang sengit.”

Produk makanan beku syarikat itu bukan sahaja menarik pasaran masyarakat Melayu/Islam, malah masyarakat bukan Melayu.

“Masyarakat Melayu gemarkan rendang, ayam dan daging lembu serta bahagian dalaman lembu dan sebagainya.

“Masyarakat bukan Melayu pula pilih daging kambing serta ayam,” jelasnya.

Encik Iqbal turut melihat trend pembelian yang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun tanpa sebarang kedai fizikal untuk memaparkan produknya, syarikat itu mempunyai sebuah kilang sebagai pusat memproses daging dan makanan beku untuk pengedaran.

“Kami mengimport bekalan daging dari Australia, Brazil, New Zealand dan Amerika Syarikat,” katanya.

Menyentuh tentang proses mengembangkan lagi syarikat tersebut pada masa hadapan, Encik Iqbal berkata:

“Kami memang mempunyai rancangan mahu menarik lebih ramai lagi pelanggan Melayu/Islam.

“Kami juga akan memanfaatkan media sosial untuk menjangkau pelanggan yang aktif dalam talian.”

Bersempena Syawal yang mulia, Encik Iqbal ingin menyampaikan ucapan selamat Hari Raya kepada pelanggan Hanifaa Frozen Food.

“Kami ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pelanggan Melayu/Islam kami yang setia menyokong kami selama ini.

“Terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi anda, dan semoga Allah menerima semua amal ibadah kita pada bulan Syawal ini,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web, https://hanifaafrozen.sg/.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg