SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Harga bahan api S’pura perlu cermin realiti pasaran

Harga bahan api S’pura perlu cermin realiti pasaran

Apr 7, 2026 | 8:57 PM

Harga bahan api S’pura perlu cermin realiti pasaran

Jeffrey Siow., bahan api, ekonomi terbuka
Pemangku Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Negara Kanan (Kewangan), Encik Jeffrey Siow, berkata Singapura tidak boleh mengawal harga minyak petrol atau diesel kerana harga bahan api ini perlu mencerminkan realiti pasaran, dengan berteraskan negara ini sebagai ekonomi terbuka. - Foto MDDI

Singapura tidak boleh mengawal harga minyak petrol atau diesel kerana harga bahan api perlu mencerminkan realiti pasaran, dengan berteraskan negara ini sebagai ekonomi terbuka, kata Pemangku Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Negara Kanan (Kewangan), Encik Jeffrey Siow.

Beliau berkata sekiranya harga bahan api sedemikian dikawal secara buatan, pengimport boleh memilih untuk mengalihkan bahan api mereka ke lokasi dengan harga lebih tinggi.

Bagi jangka masa panjang, ia dapat memperketatkan bekalan bahan api dan memburukkan pasaran di sini, tambahnya.

Menjawab soalan susulan yang diajukan kepadanya di Parlimen pada 7 April, beliau berkata:

“Pendekatan bersasar menyediakan sokongan terus kepada mereka yang terjejas secara langsung dan ini membolehkan kami (pemerintah) menyalurkan lebih banyak bantuan bagi mereka yang benar-benar memerlukannya.”

Beliau berkata demikian setelah beberapa Anggota Parlimen (AP) mengajukan soalan sekiranya pemerintah akan mempertimbangkan untuk mengurangkan duti minyak petrol dan diesel secara menyeluruh.

Encik Siow berkata ini bukan langkah yang tepat kerana ia pendekatan yang boleh menjadi regresif atau membawa pada kemunduran situasi.

“Pada masa yang sama, kami ingin mengekalkan isyarat harga supaya pengguna menggunakan tenaga dengan lebih cekap,” ujarnya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg