Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Harga flat jualan semula HDB naik 0.3% pada Mac

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB naik 0.3% pada Mac

Apr 08, 2024 | 05:46 PM



Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik untuk enam bulan berturut-turut pada Mac.

Menurut penganalisis, ia disebabkan permintaan teguh bagi flat lebih besar, di samping bilangan meningkat flat jualan semula HDB yang dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta.

Harga tersebut naik 0.3 peratus pada Mac 2024, iaitu pada kadar lebih perlahan daripada kenaikan 0.5 peratus pada Februari, menurut data awal portal hartanah, Singapore Real Estate Exchange (SRX) dan 99.co, pada 8 April.

Harga tersebut meningkat 6.2 peratus berbanding Mac 2023, lapor The Straits Times (ST).


Ketua Penyelidik dan Pakar Strategi di firma hartanah OrangeTee Group, Cik Christine Sun, berkata walaupun harga flat jualan semula HDB naik pada kadar lebih perlahan, kadar pertumbuhan keseluruhan sepanjang enam bulan lalu meningkat lebih pesat.

Beliau berkata harga jualan semula HDB naik 3.8 peratus dari September 2023 hingga Mac 2024, lebih tinggi daripada kenaikan 2.3 peratus dalam enam bulan sebelumnya dari Mac hingga September 2023.

“Oleh itu, jualan mungkin kurang rancak memandangkan kenaikan harga lebih tinggi sejak enam bulan lalu,” tambahnya.

Bilangan flat jualan semula yang dijual pada Mac berkurangan, dengan urus niaga jual beli turun sebanyak 3.3 peratus kepada sekitar 2,063 flat, menurut data SRX dan 99.co.

Berbanding Mac 2023, jumlah jualan semula flat HDB merosot sebanyak 9.8 peratus.

Cik Sun menjelaskan bahawa sebahagian permintaan mungkin telah beralih kepada pelancaran penjualan HDB pada Februari yang menawarkan lebih 4,100 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dan 1,500 Penjualan Baki Flat (SBF).

Sebanyak 61 flat HDB dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta pada Mac, lebih tinggi daripada 50 transaksi jual beli sedemikian pada Februari.

Flat jualan semula HDB yang bertukar tangan pada harga minimum $1 juta pada Mac terdiri daripada 19 flat empat bilik, 24 flat lima bilik, 16 flat apartmen eksekutif (EA) dan dua flat berbilang generasi.

Kebanyakan flat tersebut terletak di estet matang seperti Toa Payoh, Kallang/Whampoa, Bukit Merah dan Clementi, manakala sembilan berada di estet bukan matang, iaitu, Bukit Panjang, Yishun, Jurong East dan Hougang.

Urus niaga tersebut membentuk sekitar 3 peratus daripada jumlah urus niaga flat jualan semula HDB pada Mac, lebih tinggi daripada 2.3 peratus pada Februari.

Flat jualan semula HDB termahal adalah flat lima bilik seluas 1,202 kaki persegi antara tingkat 19 dengan 21 di Blok 9A Boon Tiong Road di Tiong Bahru, yang dijual pada harga $1.45 juta.

Sebuah flat berbilang generasi seluas 1,765 kaki persegi di Yishun Avenue 4 dijual pada harga $1.2 juta, iaitu harga jual beli tertinggi dalam estet bukan matang pada Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >