Harga petrol S’pura naik susulan konflik meruncing di Timur Tengah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga petrol S’pura naik susulan konflik meruncing di Timur Tengah

Mar 4, 2026 | 5:22 PM

Harga petrol S’pura naik susulan konflik meruncing di Timur Tengah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Shell menjadi pengendali minyak pertama yang menaikkan harga berdaftar bagi petrol popular 95 oktana sebanyak empat sen kepada $2.92 setiap liter pada pagi 3 Mac.
Shell menjadi pengendali minyak pertama yang menaikkan harga berdaftar bagi petrol popular 95 oktana sebanyak empat sen kepada $2.92 setiap liter pada pagi 3 Mac. - Foto ST

Harga petrol secara umumnya telah meningkat susulan konflik di Timur Tengah yang mengakibatkan penutupan satu saluran penting bekalan minyak, sedang krisis itu terus meruncing tanpa menunjukkan tanda akan reda.

Shell menjadi pengendali minyak pertama yang menaikkan harga berdaftar bagi petrol popular 95 oktana sebanyak empat sen kepada $2.92 setiap liter pada pagi 3 Mac.

Caltex menyusul dengan menaikkan harga untuk menyamai kadar baru Shell menjelang tengah hari, diikuti Esso dan Sinopec.

SPC merupakan satu-satunya pengendali yang mengekalkan harga petrol 95 oktana pada $2.87 sepanjang hari tersebut.

Setakat tengah hari 4 Mac, SPC masih belum menaikkan harganya, menurut penjejak harga barangan keperluan Price Kaki, yang dibangunkan oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case).

Jurucakap Shell enggan mengulas sebab syarikat itu menaikkan harga petrol dan dieselnya.

Namun, harga sebenar yang dibayar pemandu di stesen minyak mungkin berbeza daripada harga berdaftar, kerana ia tidak termasuk diskaun.

Buat masa ini, SPC menawarkan petrol 92 oktana paling rendah pada harga $2.84 setiap liter, manakala Esso dan Caltex menaikkan harga kepada $2.88. 

Shell dan Sinopec tidak menawarkan petrol 92 oktana.

SPC turut menawarkan petrol 98 oktana biasa pada kadar terendah, iaitu $3.38 setiap liter. 

Esso dan Sinopec menjual petrol gred itu pada harga $3.42, manakala Shell mencatat harga tertinggi iaitu $3.44.

Bagi pilihan yang dikenali sebagai 98 oktana premium, harganya berada dalam julat antara $3.55 di Sinopec dengan $3.66 di Shell.

Pemilik kenderaan komersial dan pemandu teksi turut terjejas dengan kenaikan harga diesel, dengan harga berdaftar tertinggi sebanyak $2.70 setiap liter di Shell, Esso dan Caltex, dan harga terendah $2.57 setiap liter di SPC.

Menurut penganalisis, lonjakan harga minyak sejagat berlaku berikutan kebimbangan gangguan bekalan berpanjangan di Timur Tengah.

Kenaikan itu mendorong pengendali petrol membuat penetapan harga awal bagi mengambil kira kos pengangkutan dan insurans yang lebih tinggi.

Esso telah mempamerkan notis di stesen minyak yang menyatakan bahawa harga minyak telah berubah berkuat kuasa dari 1 tengah hari 3 Mac tanpa mengaitkannya dengan situasi di Timur Tengah.

Notis yang dipamerkan oleh Esso di stesen minyak Ang Mo Kio pada 4 Mac memaklumkan pelanggan tentang kenaikan harga petrol.
Notis yang dipamerkan oleh Esso di stesen minyak Ang Mo Kio pada 4 Mac memaklumkan pelanggan tentang kenaikan harga petrol. - Foto ST

Pengendali itu menaikkan harga petrol sebanyak empat sen dan diesel sebanyak lima sen.

Harga tenaga sejagat meningkat susulan perang antara Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran yang menghentikan aktiviti eksport dari rantau Teluk yang kaya minyak dan gas.

Seorang pegawai kanan Pengawal Revolusi Iran pada 2 Mac mengumumkan penutupan Selat Hormuz – laluan yang lazimnya mengendalikan satu perlima bekalan minyak dunia serta jumlah gas yang besar.

Beliau turut memberi amaran akan menyerang sebarang kapal yang cuba melalui laluan itu.

Penasihat ekonomi di platform pelaburan SDAX, Encik Song Seng Wun, memberitahu The Straits Times (ST) bahawa kenaikan harga minyak mentah biasanya mengakibatkan harga bahan api meningkat hampir serta-merta.

“Sebagai ekonomi yang bergantung kepada perdagangan serta hab penapisan dan petrokimia utama, Singapura terletak di persimpangan aliran tenaga dan perdagangan maritim.

“Sebarang gangguan di Teluk akan dengan pantas mengakibatkan kenaikan kos pengangkutan dan insurans, serta risiko ketidaktentuan dalam margin produk ditapis,” tambah Encik Song.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg