Attawasol Insaniy Singapura berterima kasih kepada semua sukarelawannya di dalam dan luar negara yang melancarkan pelaksanaan khidmat korbannya setiap tahun di Indonesia.
Menurut pengasasnya, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, beliau amat bersyukur atas sokongan yang diterima selama ini.
“Kami mengucapkan terima kasih yang mendalam kepada sukarelawan tahunan kami, dengan komitmen mereka tidak pernah goyah (setiap kali) membawa mereka dari Singapura ke Indonesia untuk memberikan sokongan yang tidak ternilai kepada acara korban kami.”
Beliau juga berbesar hati kerana memiliki kumpulan sukarelawan dari pelbagai kota di Indonesia seperti dari Jakarta, Bandung, Surabaya, Banten, dan beberapa provinsi yang lain.
Mereka melakukan perjalanan selama 12 jam hingga 14 jam dengan kenderaan mereka untuk membantu program tahunan ibadah korban, akikah dan nazar anjuran Attawasol Insaniy.
Attawasol Insaniy syarikat tempatan bersama anak syarikatnya, PT Attawasol Insaniy Indonesia, diasaskan dan dimiliki bersama oleh Ustaz Dr Leyaket Ali dan adiknya, Mohamed Anuar Mohamed Omar.
Syarikat ini telah ditubuhkan untuk menyediakan khidmat korban, akikah dan nazar kambing daripada masyarakat Singapura kepada masyarakat Indonesia di Jawa Tengah sejak tahun 2016. Semua kambing yang dikorbankan adalah daripada kandang milik syarikat tersebut.
Sukarelawan Attawasol Insaniy dari Singapura dan Indonesia memainkan peranan penting dalam membantu penyediaan dasar untuk penduduk desa dan juga memastikan operasi berjalan lancar pada hari korban.
Ustaz Dr Leyaket percaya semua tempahan korban yang diterima tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan yakin tanpa kehadiran mereka bersama. Malah, beliau bersyukur setiap tahun bilangan sukarelawan akan bertambah daripada 20 hingga 25 orang untuk membantu proses penyembelihan dan pengagihan.
“Bagi jemaah kami yang melakukan korban, akikah, dan nazar bersama kami, sukarelawan ini adalah bukti keyakinan yang bermutu dan penghormatan yang kami sediakan dalam proses ibadah korban. Mereka memastikan setiap permintaan jemaah yang bersama kami dipenuhi melalui penyembelihan, pengagihan bersama sijil rasmi bergambar, dan testimoni yang anda akan merasakan ketenangan yang ibadah korban anda telah dilaksanakan,” ujar Ustaz Dr Leyaket Ali.
Attawasol Insaniy menawarkan harga $170 sahaja bagi setiap kambing bagi ibadah korban, akikah dan nazar. Tempahan kini dibuka sehingga 17 Jun.
Cara membuat tempahan
1. Layari https://bit.ly/attawasolqurban2024.
2. WhatsApp nama, alamat, jumlah kambing dan sohibul korban ke talian 9027-3547 / 9272-9132 / 8874-8848.
3. Hantar cek atas nama ATTAWASOL INSANIY LLP dan poskan ke alamat152 Still Road Singapura 423991. Tulis nama, alamat, nombor telefon, jumlah kambing dan sohibul korban.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg