Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Hasut keganasan terhadap PM Lee: Lelaki dihukum penjara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hasut keganasan terhadap PM Lee: Lelaki dihukum penjara

Mar 20, 2024 | 07:17 PM



Seorang lelaki Singapura berusia 46 tahun yang tidak suka pada pemerintah, membaca satu laporan berita di Facebook mengenai penembakan mantan Perdana Menteri Jepun Encik Shinzo Abe, kemudian mengulas bahawa seseorang harus “melakukan perkara yang sama kepada PM kita”.

Pada 20 Mac, Kong Chee Kian, yang merujuk kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ulasannya itu, dijatuhi hukuman penjara empat bulan.

Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan menghasut keganasan secara elektronik.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Delicia Tan berkata siasatan mendedahkan bahawa Kong menyiarkan ulasan tersebut pada 8 Julai 2022, kerana “dia tidak suka pemerintah ini dan Encik Lee adalah ketua pemerintah”.

Beliau berkata Kong menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan tetap disebabkan masalah kesihatannya dan “mencari seseorang untuk dipersalahkan” atas masalah yang dihadapinya, dan “memilih menyalahkan pemerintah”.

Butiran mengenai masalah kesihatannya tidak disebut dalam dokumen mahkamah.

DPP Tan berkata Kong melayari Facebook menggunakan akaun dengan nama profil ‘Carl Brown’ apabila dia terlihat lartikel media CNA yang melaporkan bahawa Encik Abe telah ditembak.

Mengulas berita itu, Kong meminta seseorang melakukan perkara yang sama kepada “PM kita”.

Satu laporan polis tanpa nama telah dibuat, memaklumkan pihak berkuasa mengenai apa yang Kong katakan di Facebook.

Kong diberkas pada hari yang sama.

Pada hari yang sama juga, Kong turut mengulas pada artikel di Facebook oleh Yahoo Singapore yang menyatakan Encik Abe telah meninggal dunia, sambil berkata: “Rakan baik anda LHL akan menyertai anda.”

Kong merujuk kepada Encik Lee apabila dia menulis singkatan LHL, kata DPP Tan.

Siasatan juga mendapati bahawa sebulan sebelumnya, Kong menjawab satu catatan di Instagram yang meminta pengguna memberi jawapan pada satu gambar mainan Tamagotchi, iaitu, satu permainan simulasi haiwan peliharaan maya.

Kong menjawab dengan berkata Tamagotchi adalah “satu-satunya senjata menentang PM Singapura”.

DPP Tan, yang meminta hukuman penjara empat setengah hingga enam bulan ke atas Kong, berkata:

“Pendekatan toleransi sifar perlu diambil terhadap mana-mana individu yang memilih, walaupun tidak berpuas hati dengan pemerintah atas apa jua sebab, untuk menghasut keganasan terhadap ketua atau anggota kanan pemerintah.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >