Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hawazi undur diri sebagai pengerusi majlis cegah dadah kebangsaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hawazi undur diri sebagai pengerusi majlis cegah dadah kebangsaan

Mantan Pengerusi Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA), Hawazi Daipi, berundur pada hujung 2023 untuk beri laluan kepada Tan Chong Huat
Feb 16, 2024 | 06:51 PM



Wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin, Encik Hawazi Daipi, telah berundur daripada jawatan sebagai Pengerusi Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA) sejak penghujung 2023.

Beliau telah menyandang jawatan itu sejak 2017 setelah mengambil alih daripada pengerusi sebelumnya, Encik Victor Lye.

Kepimpinan NCADA kini dipacu Encik Tan Chong Huat, yang menyandang jawatan tersebut sejak Januari 2024.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 16 Februari, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, meraikan Encik Hawazi dalam satu acara makan malam sebagai tanda penghargaan terhadap “sokongan padu beliau kepada Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sebagai Pengerusi NCADA”.







“Saya telah mengenali Encik Hawazi sejak sekian lama dan sentiasa menikmati nasihat bernas yang diberikan olehnya,” jelas Profesor Faishal.

Dalam mukadimah Laporan Tahunan NCADA 2022, Encik Hawazi berkata:


“Cabaran sekitar isu dadah adalah kompleks, tetapi jelas kepada kami bahawa perbincangan diperlukan dan penubuhan naratif berkongsi untuk kekal bebas dadah adalah penting.

“Kita tidak boleh hindari daripada perbincangan mencabar dan kita boleh melakukannya dengan lebih berkesan dan semula jadi apabila berkongsi perspektif dan pengalaman kolektif tentang isu dadah.”

Berkongsi kepada Berita Harian (BH), Encik Tan berkata antara perkara yang menjadi tumpuannya adalah memperdalam dan mengukuhkan peranan NCADA dalam ekosistem penyalahgunaan dadah.


Encik Tan berkata: “Dengan persetujuan Encik Hawazi, kami telah mula merangka semula wawasan dan matlamat kami, menubuhkan jawatankuasa eksekutif, membentuk semula kepimpinan dan keahlian dua jawatankuasa.

“Perkara ini sudah dimuktamadkan sejak Januari 2024.

“Kami telah mula melibatkan diri dengan rakan kongsi utama seperti Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana), dan mengetuai entiti yang tertumpu kepada keluarga, seperti Focus on Family.


“Ini bagi melakar pelan kerja 2024 kami yang memberi tumpuan kepada pendidikan pencegahan daripada dadah, daripada peringkat atas dalam kalangan belia dan keluarga mereka.”

Encik Tan turut menyantuni usaha yang telah dilakukan Encik Hawazi sepanjang tempoh menjadi pengerusi kerana hasilnya “nyata dan terserlah sendiri” dan akur jawatan yang diambil alihnya sesuatu yang sukar.

Beliau menjelaskan peranan NCADA barangkali akan berubah tetapi ia akan tetap “mengukuhkan peranan untuk melibatkan masyarakat serta memperbesar dan memperjuangkan mesej pencegahan dadah”.

“Memandangkan kesan maklumat palsu di wadah dalam talian di peringkat sejagat terhadap penyalahgunaan dadah dan sikap permisif yang semakin meningkat dalam kalangan belia kita, usaha NCADA sememangnya lebih mencabar… disebabkan kadar perubahan yang luar biasa dalam era digital,” jelasnya.

Ini di sebalik Tinjauan Persepsi Dadah Nasional yang dijalankan NCADA pada 2023, yang mendapati 23.8 peratus belia beranggapan pengambilan dadah boleh diterima asalkan ia tidak memudaratkan orang lain, ataupun mereka tidak pasti akan perkara itu.

Lebih 90 peratus belia yang ditinjau NCADA berasa pengambilan dadah harus kekal sebagai perkara yang menyalahi undang-undang Singapura.

Namun, hanya 79.3 peratus mempunyai pandangan serupa apabila ia melibatkan pengambilan ganja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >