Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Hazreens’ enggan dikaitkan dengan ‘karipap Onan Road’, dimulakan atas minat sendiri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Hazreens’ enggan dikaitkan dengan ‘karipap Onan Road’, dimulakan atas minat sendiri

Feb 29, 2024 | 08:42 PM



Dalam menubuhkan perniagaan, warisan turun-temurun kadangkala membentuk sahsiah individu dan menjadi keutamaan segelintir pemilik perniagaan.

Tetapi bagi Cik Hazreen Mahmood Hussain, 47 tahun, itu bukanlah keutamaannya.

Bahkan bagi pemilik kedai, Hazreens, ia bukanlah matlamatnya sama sekali untuk melihat perniagaannya itu disambung anak-anaknya.


Ini kerana beliau menghormati keputusan ketiga-tiga anaknya dalam melakar hala tuju kehidupan masing-masing pada masa akan datang.

Baginya pembukaan kedai makan itu dipacu oleh semangat beliau dalam bidang perniagaan.

Ketika ditemui di kedainya di aras dua Cencon Building, 2 Tannery Road, beliau menjelaskan:

“Apabila saya menubuhkan perniagaan ini, tujuannya adalah untuk memberi layanan terbaik (kepada pelanggan) dan menjalankan perniagaan sendiri.

“Saya tidak tubuhkan perniagaan ini semata-mata untuk mewujudkan warisan turun-menurun kerana saya sedia maklum mereka (anak-anak) ada aspirasi dan impian masing-masing.

“Perniagaan ini adalah untuk diri saya dan inilah apa yang ingin saya lakukan.”

Cik Hazreen bukanlah muka baru dalam perniagaan karipap setelah menjadi salah satu tonggak perniagaan keluarganya – iaitu Indian Muslim Bakery & Confectionery Pte Ltd (IMBC), yang sebelum ini terletak di Onan Road.

Ia ditubuhkan lebih 80 tahun lalu dan sinonim dengan juadah ‘karipap Onan Road’.

Beliau telah berkecimpung selama lebih sedekad dalam pelaksanaan operasi IMBC, yang dikendali secara bersama dalam kalangan empat beradiknya, sebelum ia menutup tirai pada September 2023.

Dalam laporan BH pada September 2023, tiada butiran lanjut diberi mengenai penutupan mendadak itu, termasuk sebabnya.


Mengulas tentang status tapak IMBC, Cik Hazreen berkata ia kini telah diambil alih oleh Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan difahamkan kediaman perumahan sedang dibangunkan.

Kedai tersebut dibuka secara rasmi pada Januari dengan konsep to-go atau mudah bungkus dan tertumpu antara lain bagi penjualan karipap serta kuih-muih.


Ia diasaskan sebagai perniagaan dari rumah (HBB) sebelum beliau memutuskan membuka kedai sendiri, jelasnya.

Walaupun ramai yang masih mengaitkannya dengan IMBC, Cik Hazreen memberi penekanan bahawa beliau ingin melakar haluan sendiri.

“Sememangnya saya ingin cipta hala tuju sendiri dan saya tidak mengambil apa-apa (resipi) daripada perniagaan sebelum ini. Inilah kehidupan saya, bidang saya dan minat saya,” katanya dengan penuh keazaman.

Cik Hazreen menjelaskan sungguhpun berlatarbelakangkan pengalaman meluas dalam menjalankan perniagaan keluarga, ia berbeza sekali dengan menjalankan perniagaan secara sendirian.

“Misalnya dalam menghasilkan karipap, ia dibuat oleh saya dan dua anak saya. Saya kini perlu melatih kakitangan baru kerana ada teknik (dalam pembuatan kulit karipap).

“Kadangkala ia bukanlah apa yang saya inginkan tetapi saya perlu tutup sebelah mata,” ujarnya.

Beliau akur barangkali harga karipapnya tidak semurah pesaing lain – bagi karipap berinti kentang dengan saiz sebesar tapak tangan, ia berharga $1.50 – tetapi beliau mementingkan mutu dan cara pembuatan tradisional.

“Dalam sehari, saya dan anak-anak dapat buat lebih kurang 1,000 karipap saja kerana semuanya dibuat hasil air tangan kami.

“Apa yang saya cuba terapkan kembali adalah cara pembuatan karipap secara tradisional tanpa menjejas mutu dan harga,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >