Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Helikopter Super Puma tarik minat pelajar SP teroka dunia aeroangkasa

Sep 23, 2024 | 8:40 PM
Cik Hazirah Jaffar yakin pembelajaran praktikal membantu mengukuhkan ingatan dan pengalamannya dengan beliau juga mengalu-alukan latihan amali helikopter Super Puma AS332 pada penggal kedua yang bermula Oktober ini.
Cik Hazirah Jaffar yakin pembelajaran praktikal membantu mengukuhkan ingatan dan pengalamannya dengan beliau juga mengalu-alukan latihan amali helikopter Super Puma AS332 pada penggal kedua yang bermula Oktober ini. - Foto BH oleh MOHD KHALID BABA

Daripada melihat jet pejuang di awang-awangan melalui jendela biliknya di Choa Chu Kang setiap Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kepada meraih pengalaman pelajari pelbagai komponen pesawat.

Inilah yang puas dilakukan pelajar Diploma Elektronik Aeroangkasa tahun kedua di Politeknik Singapura (SP), Cik Hazirah Jaffar, 20 tahun, dalam pengajiannya.

Keseronokan baginya ialah ketika mempelajari cara menjalankan kerja penebatan dan selanjutnya memeriksa pelbagai komponen helikopter UH-1 Iroquois dalam modul yang diambil.

“Saya harus pastikan bahawa wayar disambungkan dengan betul, dari pelbagai bahagian pesawat itu hingga kokpit.

“Misalnya, kalau terdapat seutas wayar yang tidak disambungkan dengan betul, ia akan menyebabkan masalah semasa penerbangan seperti kegagalan enjin yang boleh mengakibatkan kemalangan,” jelas beliau ketika ditemui Berita Harian (BH) di SP.

Pada Oktober ini, beliau yang menganggap dirinya lebih visual dan senang dengan latihan amali berpeluang mempelajari komponen helikopter Super Puma AS332 pula.

Ini memandangkan SP telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) pada 23 September dalam usaha memperkukuh kurikulum dengan memanfaatkan helikopter itu bagi pembelajaran.

Ia bahkan adalah politeknik pertama di Singapura yang berpeluang menggunakan helikopter ini yang biasanya digunakan untuk operasi bersepadu dengan tentera Singapura di samping menyokong misi mencari dan menyelamat.

Kata Cik Hazirah:

“Semasa rumah terbuka, saya melihat helikopter UH-1. Saya tertarik ambil kursus ini dan teruja tinjau Super Puma AS332.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg