Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Herbal Pharm bantu pelanggan buat pilihan bijak dalam penjagaan mata

Tawar suplemen i.360 bagi sokong kesihatan retina secara menyeluruh
May 23, 2025 | 5:30 AM
herbal pharm, produk kesihatan, mata, i360
Produk kesihatan mata i.360, keluaran 2025 ini, berpotensi meningkatkan kejelasan penglihatan serta menyokong kesihatan retina secara menyeluruh. - Foto HERBAL PHARM

Produk suplemen dan kesihatan mata i.360 keluaran Herbal Pharm mendapat sambutan yang sangat positif daripada pelanggan. Malah, kakitangan dan pegawai khidmat pelanggannya sendiri turut mengakui keberkesanannya selepas menggunakannya secara peribadi.

Cik Rosni Tubin, 67 tahun, yang sudah 13 tahun bekerja di Herbal Pharm sebagai pegawai khidmat pelanggan, mula mengambil produk i.360 pada tahun 2018 apabila matanya mengalami katarak.

“Saya cuba i.360 pada tahun 2018 apabila mula ada katarak pada mata kiri. Apabila dah okay saya berhenti makan. Dalam tiga bulan gitu dah nampak perubahan pada mata saya. Saya mula makan semula apabila mata sebelah kanan pula mendapat katarak pada Disember 2024. Saya masih amalkan sampai sekarang untuk penjagaan seterusnya,” kongsi Cik Rosni.

Menurutnya, penglihatannya kini lebih jelas dan terang, matanya tidak berasa penat, juga kini “mata dah tak gatal atau kering” seperti sebelumnya.

Seorang lagi pegawai khidmat pelanggan di Herbal Pharm, turut mendapat manfaat daripada produk ini. Cik Zainon Dol, 66 tahun, mula mengambil suplemen i.360 kerana masalah pengapung mata, atau floaters.

Menurut Cik Zainon:

“Saya ambil i.360 dah lebih kurang setahun. Masa baru ambil, dalam hampir empat bulan, saya dapati penglihatan saya bertambah baik. Saya kini boleh melihat papan tanda jalan dengan lebih jelas dan saya juga boleh membaca papan tanda jalan yang lebih kecil.”

Produk i.360 merupakan suplemen mata yang telah mendapat pengiktirafan sebagai “Product of the Year 2025”, atau Produk Tahun 2025, untuk suplemen mata.

Antara manfaat produk ini adalah peningkatan dalam kejelasan visual, menyokong kesihatan retina, melegakan keletihan mata, perlindungan harian terhadap cahaya biru, sinar ultra ungu (UV) serta membantu penjagaan penglihatan jangka panjang.

Sebelum menggunakan produk ini, Cik Rosni dan Cik Zainon tidak pernah mencuba produk atau ubat lain untuk merawat mata mereka.

Mereka dapat berkongsi pengalaman sendiri kepada para pelanggan apabila menikmati hasil daripada produk ini.

“Lebih mudah meyakinkan pelanggan untuk membeli kerana saya boleh mengaitkan dengan pengalaman saya sendiri. Saya berasa gembira apabila pelanggan saya melihat peningkatan selepas memakan produk ini. Ia juga memudahkan saya memperkenalkan produk Herbal Pharm yang lain kepada mereka kerana mereka tahu ia berkesan. Amanah itu ada,” jelas Cik Rosni.

Menurut Penolong Naib Presiden untuk Pemasaran di Herbal Pharm, Cik Diana Khalid:

“Mereka adalah wakil kami dari awal. Mereka mengambil produk i.360 untuk mengurus keadaan mata mereka. Selepas melihat hasilnya, mereka menjadi penyokong produk. Ini memudahkan mereka menjual produk kepada pelanggan kerana mereka boleh mengaitkan pengalaman mereka sendiri.”

Tambahnya, pelanggan turut memberi maklum balas yang positif. Menurut pelanggan, produk i.360 ini melegakan ketegangan mata dan keletihan mata, terutamanya selepas menjalani masa memandang skrin digital yang lama, mengurangkan ketidakselesaan mata dan meningkatkan kejelasan penglihatan serta menyokong kesihatan mata secara keseluruhan dan telah membantu masalah seperti pengapungan mata dan kekeringan.

Antara manfaat suplemen mata i.360 adalah:

Penambahbaikan dari Segi Kejelasan Visual

Dengan kandungan nutrisi 8miligram Lutein (dinaik taraf daripada 5miligram) dan Zeaxanthin, i.360 membantu menapis cahaya biru yang berbahaya dan meningkatkan kepekaan kontras – supaya anda melihat dengan lebih jelas, terutamanya dalam keadaan cahaya malap.

Menyokong Kesihatan Retina

Mengandungi antioksidan penting seperti Vitamin A, C, E, dan zink, ia melindungi tisu mata halus daripada tekanan oksidatif dan kerosakan berkaitan usia.

Melegakan Keletihan Mata

Sesuai untuk mereka yang menghabiskan masa berjam-jam memandang skrin digital, i.360 membantu mengurangkan gejala seperti mata kering, letih atau tegang.

Perlindungan Harian Terhadap Cahaya Biru & Sinar Ultra Ungu (UV)

Formula melindungi mata anda daripada pendedahan harian kepada cahaya berbahaya daripada telefon, komputer dan cahaya matahari – penting untuk orang dewasa dan warga emas.

Penjagaan Kesihatan bagi Penglihatan dalam Jangka Panjang

Dengan penggunaan berterusan, sebagai pemakanan tambahan, i.360 menyokong fungsi makula (bahagian retina) yang sihat, yang penting untuk mengekalkan penglihatan yang tajam seiring usia anda.

SEKILAS

Jika anda berminat mendapatkan produk suplemen mata i.360, sila lungsuri laman https://www.herbalpharm.com.sg/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg