Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hosin Trading bantu realisasikan tandas, dapur impian anda

Dec 27, 2024 | 5:30 AM
Bersama rekaan praktikal, perkhidmatan Hosin Trading Pte Ltd sangat sesuai untuk semua jenis kediaman dan ruang komersial, mengikut bajet dan keselesaan pelanggan. 
Bersama rekaan praktikal, perkhidmatan Hosin Trading Pte Ltd sangat sesuai untuk semua jenis kediaman dan ruang komersial, mengikut bajet dan keselesaan pelanggan.  - Foto HOSIN TRADING PTE LTD

Sedang merancang mengubah suai dapur atau tandas impian anda?

Hosin Trading Pte Ltd adalah pilihan tepat untuk memenuhi keperluan rumah idaman anda.

Syarikat ini menawarkan pilihan terbesar aksesori tandas dan dapur borong bermutu tinggi serta pemasangannya.

Pelanggan boleh mendapatkan aksesori tandas seperti bidet, cermin, set paip air hujan, mangkuk tandas, pemanas air pelbagai jenama yang bermutu serta dipasang dengan teliti, dengan mengutamakan keselamatan.

Anda juga boleh mendapatkan keperluan dapur seperti paip sink elegan dan moden, sesuai dengan cita rasa yang diimpikan.

Bersama rekaan praktikal, perkhidmatan yang disediakan sesuai untuk semua jenis kediaman dan ruang komersial, mengikut bajet dan keselesaan pelanggan.

Pengurus cawangan Hosin Trading, yang ingin dikenali sebagai Cik Yvonne sahaja, berkata perkhidmatan Hosin Trading juga lebih menjimatkan tanpa menjejaskan mutu kerana ia tidak membabitkan pengurusan orang tengah.

“Penjualan kami tidak mempunyai kos melibatkan orang tengah, sebaliknya kami melakukan jualan secara terus sahaja.

“Tawaran harga kami juga kompetitif dengan perkhidmatan terbaik tanpa sebarang kos tersembunyi,” ujar Cik Yvonne.

Pada masa sama, Hosin Trading mempunyai lesen perkhidmatan sah dan diiktiraf bagi menjamin perkhidmatan yang mematuhi semua piawaian serta peraturan keselamatan.

Syarikat ini menggunakan kelengkapan dan peralatan terbaik yang diimport terus dari kilang pengeluar bagi memastikan bahan tahan lama dan mudah dijaga, mengikut kehendak pelanggan.

Sama ada anda menginginkan dapur moden atau minimalis, Hosin Trading berupaya mewujudkan dapur idaman yang bukan sahaja praktikal, bahkan estetik untuk anda.

“Kami menyediakan khidmat nasihat, penyelesaian terbaik dan memastikan setiap pemasangan dilakukan dengan penuh teliti.

“Proses pemasangan kami juga cepat dan cekap serta mengikut jadual yang ditetapkan.

“Oleh itu, jangan lepaskan peluang mendapatkan perkhidmatan pemasangan daripada kami, yang bersedia membantu merealisasikan dapur dan tandas impian anda!

“Hubungi kami untuk mendapatkan saranan sesuai dan mula merancang transformasi rumah impian anda hari ini,” kata Cik Yvonne.

SEKILAS

Kunjungi bilik pameran Hosin Trading Pte Ltd di 562A Balestier Road, Singapura 329878 dan 138/140 Jalan Besar, Singapura 208868 dan Singapura 208858.

Anda juga boleh mengunjungi gudang Hosin Trading Pte Ltd di 7 Toa Payoh Industrial Park #01-1265, Singapura 319059 dan di 11 Toa Payoh Industrial Park #01-1207, Singapura 319063.

Hubungi talian 8328-8723 atau 9637-9870 atau e-mel kepada main@hosintrading.sg untuk maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg