Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jualan runcit S’pura naik 2.2% pada Okt

Dec 5, 2024 | 5:11 PM
Hasil jualan kedai makanan segera menyusut, turun 1.5 peratus pada asas tahunan.
Hasil jualan kedai makanan segera menyusut, turun 1.5 peratus pada asas tahunan. - Foto ST

Jualan runcit Singapura meningkat 2.2 peratus pada Oktober 2024, naik berbanding 1.9 peratus yang dicatatkan pada September, berdasarkan data Jabatan Perangkaan (Singstat) yang dikeluarkan pada 5 Disember.

Ini kerana prestasi bercampur-campur dalam sektor itu, dengan kenderaan bermotor menampakkan lonjakan terbesar.

Namun angka itu lebih rendah berbanding ramalan median pertumbuhan 2.4 peratus dalam satu tinjauan Bloomberg ke atas ahli ekonomi sektor swasta, lapor The Business Times.

Bagi perbandingan bulanan, jualan runcit naik 0.1 peratus, berbanding kenaikan 0.4 peratus pada September.

Anggaran nilai jualan runcit Oktober ialah $4.1 bilion, dengan jualan dalam talian menyumbang 12.7 peratus.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit naik 0.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023, berbanding penurunan 1.5 peratus pada September 2024.

Lapan kategori jualan runcit yang menikmati pertumbuhan pada Oktober ialah:

- Pasar raya dan pasar raya besar (3.2 peratus)

- Makanan dan alkohol (5.5 peratus)

- Kenderaan bermotor (18.4 peratus)

- Kosmetik, peralatan mandian dan barangan perubatan (3.6 peratus)

- Perabot dan kelengkapan rumah (5.7 peratus)

- Barangan riadah (1.4 peratus)

- Jam tangan dan barang kemas (2.7 peratus)

- Lain-lain (8.4 peratus)

Pertumbuhan kenderaan bermotor sejajar dengan kuota Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang lebih tinggi, kata Singstat.

Sementara itu, baki enam kategori mencatatkan penurunan:

- Gedung serbaneka (-1.5 peratus)

- Pasar mini dan kedai serbaneka (-5.3 peratus)

- Stesen servis petrol (-5.9 peratus)

- Pakaian dan kasut (-3 peratus)

- Peralatan komputer dan telekomunikasi (-10.9 peratus)

- Barangan optikal dan buku (-5.8 peratus)

Sementara itu, dalam indeks berasingan, jualan perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) meningkat 3.9 peratus pada Oktober, berbanding peningkatan 1.6 peratus yang dicatatkan pada September.

Pada 2024, pertumbuhan direkodkan merentas kebanyakan segmen F&B:

- Restoran (4.8 peratus)

- Khidmat katering makanan (17.2 peratus)

- Kafe, medan selera dan tempat makan lain (2 peratus)

Singstat berkata pertumbuhan kukuh dalam jualan katering makanan didorong jualan katering dalam penerbangan dan acara.

Tetapi perolehan bagi kedai makanan segera menyusut – turun 1.5 peratus.

Hasil penjualan F&B berjumlah $997 juta, dengan jualan dalam talian menyumbang 24.4 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg