Holiday Inn Singapore Atrium menawarkan promosi istimewa bufet Ramadan 1-untuk-1 yang tidak boleh dilepaskan.
Bermula 28 Februari hingga 30 Mac 2025, dengan setiap pembayaran bagi seorang dewasa, pelanggan berpeluang menikmati hidangan bufet berbuka secara percuma bersama seorang teman.
Di samping itu, kanak-kanak berumur lima tahun dan ke bawah, turut berpeluang menikmati hidangan bufet percuma dengan setiap seorang dewasa yang membuat pembayaran.
Pengarah Pemasaran Dan Komunikasi, Holiday Inn Singapore Atrium, Cik Joanne Chan, berkata tawaran berbaloi itu memberi peluang kepada mereka yang ingin membawa anggota keluarga atau teman untuk menikmati pelbagai makanan yang memikat selera.
Menurutnya, saban tahun, Restoran Atrium, kendalian Holiday Inn Singapore Atrium, tidak ketinggalan menyajikan bufet Ramadan, dengan lebih 100 jenis sajian kegemaran ramai.
Daripada hidangan tempatan yang kaya warisan, kepada juadah hebat antarabangsa, setiap makanan disediakan dengan penuh teliti oleh cef profesional.
Bagi yang merindui masakan tradisional penuh nostalgia, mereka boleh menikmati rendang pipi lembu wagyu, cempedak masak lemak, ayam masak merah, sambal goreng, dan udang masak lemak nanas.
Hidangan makanan laut pula menjadi tumpuan dengan pilihan mewah, termasuk udang karang Boston, tiram segar, abalone lembut, kupang biru, termasuk variasi pilihan susyi dan maki-roll, ujar Cik Chan.
Pernah dikenali sebagai Melting Pot Café, Restoran Atrium menjadi destinasi untuk menjamu selera.
Ia melalui penjenamaan semula pada awal 2000-an, sebelum memperoleh sijil halal pada 2019.
Selain diyakini, Restoran Atrium turut menyediakan kurma untuk pelanggan berbuka puasa dan pengunjung boleh menggunakan kemudahan surau di tingkat empat bagi menunaikan solat.
“Selain promosi 1-untuk-1, kami turut menyediakan diskaun sebanyak 50 peratus bagi kad kredit terpilih.
“Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati pelbagai masakan lazat dengan harga yang berpatutan.
“Tempah sekarang sebelum promosi tamat,” kata Cik Chan.
1. Makan Malam (Ahad hingga Khamis) bermula 6 petang hingga 10 malam (pesanan terakhir 9.30 malam).
2. Makan Malam (Jumaat hingga Sabtu) bermula 6 petang hingga 10.30 malam (pesanan terakhir 10 malam).
* Isnin hingga Khamis harga bufet $118++ untuk dua orang dewasa, $30++ bagi setiap kanak-kanak (enam tahun hingga 12 tahun).
* Jumaat hingga Ahad harga bufet $130++ untuk dua dewasa, $30++ bagi setiap kanak-kanak (enam tahun hingga12 tahun).
1. Bufet Ramadan diadakan di tingkat empat, Holiday Inn Singapore Atrium.
2. E-mel kepada atriumrestaurant.sinhi@ihg.com, atau WhatsApp ke talian +65 9114-0258 atau hubungi talian +65 3138-2530 untuk tempahan.
3. Bagi tempahan secara dalam talian, klik pautan https://www.tablecheck.com/en/holidayinn-atrium-atrium-restaurant/reserve/landing.
4. Untuk mendapatkan maklumat tentang menu dan harga, layari laman web, https://singaporeatrium.holidayinn.com/atrium-restaurant-buffet-details
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg