Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gerai mana umpan tekak Kaki Makan pada 2024?

Senarai tempat makan ‘wajib’ cuba walau sekali
Dec 28, 2024 | 5:30 AM
Daging ‘striploin’ ditaburi garam laut yang dihidangkan di gerai Blackgoat. 
Daging ‘striploin’ ditaburi garam laut yang dihidangkan di gerai Blackgoat.  - Foto BH oleh KHALID BABA

Fiie’s Cafe

Encik Addie Shafiie, pemilik Fiie’s Cafe di Lucky Plaza, juga dikenali sebagai ‘Mr Grumpy’.
Encik Addie Shafiie, pemilik Fiie’s Cafe di Lucky Plaza, juga dikenali sebagai ‘Mr Grumpy’. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Peraturan di Fiie’s Cafe adalah anda perlu beratur, pesan makanan dahulu dan tunggu sehingga diberi tempat duduk.

Jika ikut langkah ini, anda selamat.

Fiie’s Cafe di Lucky Plaza, Orchard Road, terkenal dengan nasi ayamnya yang enak, meskipun pemiliknya, Encik Addie Shafiie, digelar sebagai ‘Mr Grumpy’ kerana sikap tegasnya.

Walaupun ada yang kurang senang dengan sikapnya, barisan pelanggan tetap panjang.

Semasa Kaki Makan menikmati hidangan nasi ayam itu pada Februari, kami kagum dengan ayam goreng keemasan yang rangup. Nasinya yang kaya dengan perisa halia menjadi tarikan utama.

Sambal yang disajikan pula lain daripada sambal nasi ayam Hainan yang sering ditemui.

Sambal yang berwarna merah gelap itu mempunyai rasa manis, sesuai dinikmati dengan nasi dan ayam yang gurih dan keraknya yang sangat rangup, menambahkan tekstur yang membangkitkan selera.

Menurut Encik Shafiie, beliau menggunakan lebih 60 kilogram ayam segar setiap hari, di samping memastikan suhu minyak dan masa menggoreng dijaga ketat.

“Suhu minyak sangat penting untuk ayam dimasak dengan sempurna,” katanya.

Aleeya

Hidangan Dendeng Belado antara yang menjadi kegemaran pelanggan di restoran Aleeya.
Hidangan Dendeng Belado antara yang menjadi kegemaran pelanggan di restoran Aleeya. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Aleeya, restoran di Dickson Road, Little India, menawarkan pengalaman Nusantara yang unik dengan masakan Melayu dan Indonesia yang menggunakan bahan bermutu tinggi.

Diasaskan oleh Encik Hairul Isa, Encik Mustafa Reza Ali, dan Encik Najeeb Ali, restoran itu menghormati warisan keluarga mereka – termasuk resipi asli yang diwarisi daripada generasi sebelumnya.

“Kami ingin merapatkan jurang antara masakan asli Melayu dengan Indonesia di Singapura,” kata Encik Hairul Isa.

“Rendang ‘Wagyu’ kami, misalnya, menggabungkan kelembutan daging bermutu tinggi dengan rempah tradisional.”

Aleeya menawarkan hidangan istimewa seperti Dendeng Balado dan Sotong Sambal Pecel.

Mereka turut mencipta kelainan dengan hidangan seperti kroket kentang yang diinspirasikan daripada bergedel.

Apa yang Kaki Makan gemari tentang restoran ini ialah gabungan resipi tradisional, bahan bermutu tinggi, dan keunikan hidangan yang mencerminkan dedikasi peniaga terhadap warisan keluarga.

Cuba

Encik Nazrin Shah sedang meyiapkan nasi ulam. Ia merupakan campuran yang kaya dengan rasa, dicampur dengan penggunaan herba segar seperti daun kesum, daun kunyit, dan serai bagi menghasilkan bau yang wangi dan aromatik.
Encik Nazrin Shah sedang meyiapkan nasi ulam. Ia merupakan campuran yang kaya dengan rasa, dicampur dengan penggunaan herba segar seperti daun kesum, daun kunyit, dan serai bagi menghasilkan bau yang wangi dan aromatik. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Pilihan nasi ulam (tengah) dengan (ikut putaran masa) Ikan Cencaru Sumbat, Sambal Hijau Petai Udang Harimau, ‘Crying Tiger Wagyu Picanha’ dan Ayam Percik Buah Keluak.
Pilihan nasi ulam (tengah) dengan (ikut putaran masa) Ikan Cencaru Sumbat, Sambal Hijau Petai Udang Harimau, ‘Crying Tiger Wagyu Picanha’ dan Ayam Percik Buah Keluak. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Nasi Ulam oleh Cuba iaitu perniagaan dari rumah (HBB) mencuri perhatian Kaki Makan dengan keunikannya.

Hidangan yang menggabungkan herba segar, rempah aromatik dan nasi wangi, menghasilkan rasa tradisional seiring sentuhan moden.

Kami sangat menyukai bagaimana setiap suapan membawa keseimbangan rasa yang sempurna.

Pemilik Cuba, Encik Nazrin Shah Yahya, mengetengahkan hidangan itu sebagai penghormatan kepada masakan Peranakan dan Melayu yang dekat di hatinya.

Dilengkapi dengan ayam percik berempah menggunakan buah keluak, hidangan ini benar-benar memikat hati.

“Selepas mengalami strok, saya mahu berkongsi hidangan ini dengan orang ramai, terutamanya semasa Ramadan,” kata Encik Nazrin.

Deli by Meatery

Pemilik Deli by The Meatery, Encik Rafiq Abdullah Vellasamy (kiri) dan Cik Sophina Smith Mohd Irwan. 
Pemilik Deli by The Meatery, Encik Rafiq Abdullah Vellasamy (kiri) dan Cik Sophina Smith Mohd Irwan.  - Foto BH oleh KHALID BABA

Deli by The Meatery membawa pengalaman menikmati sandwic deli halal gaya New York ke Singapura, lantas menawarkan gabungan rasa autentik yang sukar didapati.

Setiap sandwic, seperti Reuben dengan pastrami salai, kobis jeruk, dan keju, menonjolkan bahan bermutu tinggi yang menjadi kekuatan menu mereka.

Lamb Birria, versi ‘taco’ dengan rempah-ratus aromatik, menjadi kegemaran ramai, dihidangkan bersama ‘consomme’ (sup kaldu daging jernih) untuk dicicah.

Pemiliknya, Encik Rafiq Abdullah dan Cik Sophina Smith, juga menjalankan The Meatery, menjadikan Deli ini platform untuk memperkenalkan produk daging mereka.

Dengan kerjasama seperti Penny University untuk kopi dan Limaa Cafe untuk mufin istimewa, Deli by The Meatery turut menyokong perniagaan tempatan.

Lokasinya di Sunset Way, Clementi, menawarkan suasana santai.

Blackgoat

Pemilik Blackgoat, Encik Fikri Amin Rohaimi, memanggang daging ‘striploin’ hingga tahap ‘medium rare’.
Pemilik Blackgoat, Encik Fikri Amin Rohaimi, memanggang daging ‘striploin’ hingga tahap ‘medium rare’. - Foto BH oleh KHALID BABA

Pada usia 24 tahun, Encik Fikri Amin Rohaimi, telah memikat ramai penggemar stik dan burger dengan jenama Blackgoat, di Pusat Penjaja Jalan Batu, di kejiranan Mountbatten.

Bermula sebagai perniagaan dari rumah pada 2020, Blackgoat kini terkenal dengan hidangan seperti burger dan nasi beriani.

Semangat Encik Fikri terhadap masakan tercetus sejak kecil melalui aroma masakan arwah datuknya, seorang penggemar daging kambing.

Walaupun tanpa latihan formal, beliau menimba pengalaman di restoran ternama seperti Burnt Ends dan Zen, yang menjadikan beliau berdedikasi terhadap ketelitian dan mutu.

Apa yang membuat Kaki Makan kagum ialah ketelitian Encik Fikri terhadap setiap ramuan.

Daripada pemilihan daging terbaik, penyediaan sos segar buatan sendiri, hingga roti yang dibakar sempurna, setiap elemen itu diambil berat demi memastikan keserasian rasa.

Perhatian penuh terhadap perincian itu menjadikan Blackgoat berupaya menawarkan pengalaman istimewa, terutama dalam suasana santai di pusat penjaja.

Nanay’s Kitchen

Kisah cinta Encik Saifuddin Mohamed Said dan Cik Nur Hidayah Baja, menyaksikan lahirnya restoran, Nanay’s Kitchen, yang menawarkan hidangan halal Filipina di Blok 301, Ubi Avenue 1.
Kisah cinta Encik Saifuddin Mohamed Said dan Cik Nur Hidayah Baja, menyaksikan lahirnya restoran, Nanay’s Kitchen, yang menawarkan hidangan halal Filipina di Blok 301, Ubi Avenue 1. - Foto BH oleh KHALID BABA

Nanay’s Kitchen di Blok 301, Ubi Avenue 1, adalah permata tersembunyi yang menyatukan dua budaya, Filipina dan Melayu, melalui hidangan halal Filipina yang jarang ditemui di Singapura.

Diasaskan oleh pasangan suami isteri, Encik Saifuddin Mohamed Said dan Cik Nur Hidayah Baja, restoran ini memikat hati Kaki Makan dengan hidangan seperti Sizzling Chicken Sisig iaitu ayam berkrim dan pedas, serta Tortang Talong, telur dadar terung panggang dengan sentuhan masakan kampung.

Kisah cinta mereka turut mencerminkan semangat perjuangan mencari makanan halal Filipina yang dapat dikongsi dengan masyarakat Melayu.

Kini, restoran itu sudah mengembangkan cawangan kedua di Outram, membawa pengalaman unik kepada lebih ramai pelanggan.

Woodlands Sourdough

‘Hazelnut Brownies’, ‘Spelt Lime Buttermilk Cake’ dan ‘Banana Bread’ (kiri, ikut putaran jam), serta ‘Sourdough Smoked Cheddar’ (kanan).
‘Hazelnut Brownies’, ‘Spelt Lime Buttermilk Cake’ dan ‘Banana Bread’ (kiri, ikut putaran jam), serta ‘Sourdough Smoked Cheddar’ (kanan). - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Woodlands Sourdough di 183 Longhaus, Upper Thomson Road, ialah destinasi pilihan Kaki Makan untuk roti ‘sourdough’ bermutu tinggi.

Roti dengan bahagian luar yang rangup dan rasa masam unik, dibuat melalui proses penapaian tradisional yang teliti.

Ia diasaskan oleh pasangan suami isteri, Encik Chalith Kariyawasam dan Cik Nurhasanah Johari, yang meninggalkan kerjaya sebagai jurutera demi mengejar minat membuat roti.

Kedai ini terkenal dengan penggunaan bahan premium seperti tepung gandum Australia dan coklat bermutu.

Bermula sebagai perniagaan dari rumah pada 2015, mereka kini menawarkan pelbagai pilihan roti, pastri seperti Almond Croissant ($5.50), dan kek seperti Lime Buttermilk Bundt Cake ($6).

Apa yang mengagumkan ialah sikap teliti terhadap mutu dan sentuhan peribadi terserlah dalam setiap hasil kerja tangan.

Ini menjadikan Woodlands Sourdough umpama permata yang tidak boleh dilepaskan bagi peminat roti dan pastri.

Bored Tacos

Daging lembu atau ‘beef birria’ direbus lima hingga lapan jam sehingga ia mencapai teksturnya yang lembut. 
Daging lembu atau ‘beef birria’ direbus lima hingga lapan jam sehingga ia mencapai teksturnya yang lembut.  - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Bored Tacos di 315 Joo Chiat Road, menawarkan hidangan Mexico halal yang menggoda dengan rasa dan aroma autentik seperti Birria Beef Tacos.

Diasaskan oleh Encik Ahmad Adam, juga pengasas Wooly’s Bagel, kedai ini menghidangkan makanan Mexico halal di Singapura.

Apakah yang kami suka? ‘Taco’ mereka menggunakan tortilla (roti leper) jagung yang lembut, daging lembu Birria yang direbus perlahan sehingga lapan jam.

Ia juga mempunyai rempah asli Mexico seperti ancho dan guajillo, sekali gus memberikan rasa kompleks yang memikat.

Menu mereka, termasuk Cajun Chicken Bowl ($9.90) dan Birria Beef Grilled Cheese ($13.50), memenuhi selera tempatan tanpa menjejas keaslian.

Suasana kafe yang santai dengan pilihan ‘grab-and-go’ menjadikannya destinasi mudah untuk menikmati makanan Mexico.

Bored Tacos juga berpotensi berkembang, dengan rancangan untuk membuka lebih banyak cawangan.

Untuktaco’ halal yang asli, Bored Tacos adalah tempat yang wajib dikunjungi.

Goldenroy Sourdough Pizza

Pemilik dan pengasas, Goldenroy Sourdough Pizza, Encik Roy Chan, mendapat inspirasi dari kedai piza di San Francisco yang menyajikan piza berbentuk empat segi. 
Pemilik dan pengasas, Goldenroy Sourdough Pizza, Encik Roy Chan, mendapat inspirasi dari kedai piza di San Francisco yang menyajikan piza berbentuk empat segi.  - Foto BH oleh KHALID BABA

Goldenroy Sourdough Pizza di Desker Road, Little India, menawarkan pengalaman menikmati piza unik dengan kepingan berbentuk empat segi yang rangup di luar dan gebu di dalam.

Doh ‘sourdough’ ditapai selama 48 jam dan dibakar dengan minyak zaitun, bagi mencipta kerak yang kaya rasa.

Diasaskan pada 2019 oleh Encik Roy Chan, Goldenroy menggunakan kultur berisi yis dan bakteria berusia 100 tahun dari San Francisco, yang menghasilkan rasa autentik.

Menu mereka menampilkan perisa seperti Mushroom Pesto Sourdough dengan sos pesto wangi dan Clam and Garlic Sourdough, gabungan sempurna bawang putih dan makanan laut ala San Francisco.

Apakah yang kami suka? Setiap keping piza direka dengan zon rasa berbeza. Setiap cebisan piza yang dimakan terasa enak.

Dengan pilihan perisa seperti Potato Chicken Ham Sourdough, Goldenroy memadankan kreativiti dengan mutu tinggi.

Bagi penggemar piza yang mahukan pengalaman luar biasa, Goldenroy adalah destinasi wajib. Rangkaian rasa dan kerak ‘sourdough’ di sini memang tiada tandingannya!

Lukumades

Mesin penggoreng dan penyemperit atau ‘extruder’ doh ‘loukoumades’, dibawa masuk khas dari Greece. 
Mesin penggoreng dan penyemperit atau ‘extruder’ doh ‘loukoumades’, dibawa masuk khas dari Greece.  - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

‘Loukoumades’, donat tradisional Greece, kini boleh dinikmati di Singapura dengan jenama Lukumades di 60 Arab Street.

Dibawa masuk oleh Encik Muhammad Khidir Mohamed Yunus, donat ini terkenal dengan tekstur lembut di dalam dan rangup di luar.

Ia disiram dengan pelbagai sos, termasuk perisa kacang pistacio, colkat Bueno dan pilihan asli iaitu sos madu dan serbuk kayu manis, menjadikannya pilihan pencuci mulut yang unik.

Setiap kotak mengandungi 10 bebola, dengan harga bermula daripada $12.

Walaupun disiram sos, ia kekal rangup kerana tekstur luarannya yang istimewa.

Pengalaman menikmati donat ini terasa lebih mewah kerana ia dibuat segar di kedai dengan mesin khas dari Greece.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg