Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

HSA: Suplemen dengan yis beras merah yang ditarik balik di Jepun tidak dipasarkan di Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA: Suplemen dengan yis beras merah yang ditarik balik di Jepun tidak dipasarkan di Singapura

Apr 01, 2024 | 07:54 PM



Suplemen kesihatan yang ditarik balik sesudah dikaitkan dengan sekurang-kurangnya lima kes kematian dan 100 kes pesakit dikejarkan ke hospital di Jepun tidak dipasarkan untuk jualan di Singapura, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada 1 April.

Tiga produk dari syarikat farmasi Kobayashi Pharmaceutical Japan ialah makanan tambahan Red Yeast Rice Cholesterol, Nattokinase Smooth Grain Gold dan Naishi Help + Cholesterol.


Produk yang mengandungi beni koji (yis beras merah) yang digunakan sebagai pewarna makanan itu kini ditarik balik penjualannya di Jepun, berikutan laporan meluas tentang dakwaan kesan buruk kesihatan bagi sesiapa yang memakannya, lapor The Straits Times.


Beni koji ini juga digunakan untuk membuat wain beras merah dan produk makanan lain di samping digunakan sebagai pigmen.


Kerana ia menghasilkan bahan statin yang membantu menurunkan kolesterol, ia sering dipasarkan sebagai suplemen kesihatan.

Statin, bagaimanapun, boleh menimbulkan risiko kesihatan pada mereka yang menghidap diabetes atau penyakit berkaitan hati.

HSA berkata pesakit yang telah mengambil produk berkenaan kemudian dikesan menghidap penyakit ginjal.

Ia juga berkata: “Kobayashi Pharmaceutical Japan sedang menyiasat perkara ini.

“HSA akan terus bekerjasama dengan Kobayashi Pharmaceutical (Singapura) dan juga memantau keadaannya dengan teliti. Orang ramai akan dimaklumkan dengan penemuan terkini jika terdapat sebarang kebimbangan keselamatan.

“Sehingga kini, tiada laporan kejadian buruk yang serius serta disyaki dikaitkan dengan penggunaan beras yis merah dalam produk kesihatan yang boleh didapati di Singapura.”

Dalam kes suplemen Kobayashi Pharmaceutical yang ditarik balik, bahan-bahan yang tidak sepatutnya ada dalam ramuan suplemen juga dikesan dalam produk yang terbabit.

Menurut laporan media Jepun, asid puberulik – agen antibakteria dan antimalaria yang kuat yang boleh dihasilkan daripada sejenis fungus biru lantas boleh menjadi toksik – telah dikesan dalam produk itu yang menyebabkan aduan kesihatan.

Dua premis kilang yang dikendalikan oleh Kobayashi Pharmaceutical di Osaka dan Wakayama telah diperiksa oleh pegawai Jepun dari Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan.

Pengguna yang mempunyai keadaan perubatan sedia ada harus berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil produk kesihatan, termasuk yang mengandungi beni koji, untuk mengelakkan sebarang interaksi dengan ubat yang mungkin telah mereka makan.

Sesiapa yang berasa tidak sihat selepas mengambil produk kesihatan harus berhenti mengambilnya dan dapatkan nasihat doktor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >