Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

HSA padam lebih 12,000 senarai produk kesihatan haram, rampas 1.12j produk

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA padam lebih 12,000 senarai produk kesihatan haram, rampas 1.12j produk

Jan 30, 2024 | 07:36 PM



Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah memadam lebih 12,000 senarai produk kesihatan haram dari platform e-dagang dan media sosial tempatan pada 2023 – hampir tiga kali ganda jumlah tahun sebelumnya.

Kira-kira 48 peratus daripada penjual produk jenis itu di platform tersebut berpangkalan di Singapura – sebahagian besar barangan itu adalah suplemen perangsang seksual dan kecergasan lelaki serta ubat ketagihan seperti sirap batuk kodeina, kata pihak berkuasa itu pada 30 Januari.

Produk tersebut sama ada tidak berdaftar, tiruan atau mengandungi bahan ramuan perubatan atau bahan terlarang.

Peningkatan ketara produk yang dipadam daripada senarai itu, daripada 4,569 pada 2022 kepada 12,474 pada 2023, sebahagian besarnya disebabkan dua operasi antarabangsa yang diselaraskan oleh Interpol.

Pada Jun 2023, HSA menghapuskan lebih 800 penyenaraian daripada platform seperti Shopee, Carousell dan Facebook.

Pada Oktober 2023, agensi itu menurunkan lebih 4,600 penyenaraian produk kesihatan haram.

Sebanyak 1,895 penjual menerima amaran, kata kenyataan HSA.

Produk lain yang dirampas termasuk barangan untuk rambut dan kecantikan serta rawatan bagi penyakit kronik seperti ekzema dan gaut.

Ini boleh mengandungi steroid kuat, yang boleh menyebabkan kesan sampingan serius seperti sindrom Cushing, tekanan darah tinggi dan penyakit tulang jika digunakan lama.


Pada 2023, HSA turut merampas sekitar 1.12 juta unit produk kesihatan haram, berbanding 737,000 pada 2022.

Nilai barang rampasan itu dianggarkan kira-kira $658,000.

Kebanyakan barangan yang dirampas ialah ubat batuk kodeina.

Semasa satu operasi bersama polis pada Jun 2023, kira-kira 190 liter ubat batuk kodeina, berharga $150,000, dirampas daripada sindiket. Ia antara rampasan terbesar sepanjang lima tahun lalu.

HSA menekankan ancaman berterusan yang timbul disebabkan produk kesihatan haram terhadap kesihatan dan keselamatan awam, dengan menyatakan permintaan bagi produk tersebut menyumbang kepada penyebarannya yang luas.

Profesor Madya Chan Cheng Leng daripada HSA berkata:

“Produk kesihatan seperti ubat atau suplemen kesihatan tidak seperti komoditi lain, seperti pakaian atau perkakas rumah, yang kerosakan mutunya boleh dikenal pasti oleh individu tersebut.”

Menekankan ia mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menjual barangan kesihatan haram, HSA berkata ia mendakwa 16 individu pada 2023.

Penjual yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga tahun, denda hingga $100,000, atau kedua-duanya. Pesalah berulang boleh dijatuhkan hukuman lebih berat.

HSA menggesa orang ramai melaporkan sebarang penjualan produk kesihatan haram.

Sesiapa mempunyai maklumat mengenai penjualan produk kesihatan haram boleh menghubungi cawangan penguatkuasaan HSA di 6866-3485 atau e-mel hsa_is@hsa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >