Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Hubungan rapat jiran tetangga berlainan kaum di Bedok, tarik minat warganet

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan rapat jiran tetangga berlainan kaum di Bedok, tarik minat warganet

Jan 10, 2024 | 05:56 PM



Dua beradik Cina, Jenny Xin, 10 tahun dan Elly Xin, lapan tahun kelihatan dalam sebuah video tular di TikTok sering menghabiskan masa di rumah jiran Melayu mereka.

Video yang ditonton sebanyak 294,700 kali itu menunjukkan kanak-kanak ini bukan saja makan, berehat di rumah jiran, malah disuruh ibu-bapa mereka yang bukan beragama Islam untuk bersalam tangan dengan jiran itu sebelum ke sekolah.







Keakraban dua keluarga berjiran sebelah menyebelah ini dirakam oleh Encik Shafiq Gazali, seorang jurugambar yang menginap di sebuah flat di Bedok. Beberapa video itu menunjukkan Jenny dan Elly santai di rumahnya, dan menurut Encik Shafiq, mereka juga gemar makan makanan Melayu.

“Mereka akan datang ke sini selepas sekolah untuk makan, berehat, dan pintu kami sentiasa terbuka untuk mereka keluar masuk. Kami telah mengenali keluarga itu sejak mereka berpindah ke sini lebih kurang 11 tahun yang lalu,” kata Encik Shafiq yang menetap di situ sejak kecil lagi.

“Elly (si adik) sangat gemarkan makanan Melayu, kadang-kadang dia akan minta nak makan apa, dan paling dia minat ialah nasi lemak. Semasa ibunya mengandung, memang ibunya banyak mengidam makanan kami,” ujar Encik Shafiq.

Menurut Encik Shafiq lagi, keakraban antara keluarga itu bermula semenjak Jenny dilahirkan, dan keluarganya selalu menjenguk dan bermain dengannya :

“Kadangkala jika ibu-bapanya terpaksa bekerja pada hujung minggu, kami akan tolong menjaga, kami sudah macam keluarga. Ibu bapa Jenny dan Elly tidak kisah anak-anaknya bergaul dengan kami.”

Dalam satu lagi video berasingan yang mendapat sekitar 174,000 tontonan di TikTok, Encik Shafiq memuat naik video Jenny dan Elly mengikut keluarganya menghantar ibunya, Cik Faridah Salem, 59 tahun ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah.

Jenny dan Elly mendakap Cik Faridah yang mesra dipanggil “grandma” atau nenek oleh kededua budak itu.

Elly dalam video itu kelihatan menangis kesedihan kerana Cik Faridah akan berangkat ke umrah.




@shafiqgazali

She was very strong not until my parents were out of sight. “I miss grandma” #singaporetiktok #fyp #fypsingapore #racialharmony

♬ PENANTIAN ARMADA - Sadvibes🥀



Melihat kesedihan Elly, satu komen dari TikTok oleh seorang pengguna @MuhammadQayyum berkata:

“Sedih lah Bang, jiran macam famili, bestnya!”

Satu lagi komen pengguna @CikIlah berkata “Definisi sebenar erti kata, tanpa mengira bahasa bangsa atau agama.”

Encik Shafiq yang baru berumah tangga tiga tahun lalu masih tinggal bersama ibu-bapanya di rumah itu sambil menunggu rumah baru Bina Ikut Tempahan (BTO) di Tampines.

Apabila ditanya jika beliau akan rasa bersedih bila berpindah jauh dari Jenny dan Elly, Encik Shafiq berkata:

“Tentulah saya akan berasa sedih. Saya akan rindukan kekecohan mereka dan perasaan kasih sayang yang mereka berikan pada kami sekeluarga.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >