Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hubungan S’pura, Brunei kekal kukuh: DPM Wong di akhir lawatan ke Brunei

Dec 14, 2023 | 6:45 PM
HUBUNGAN MEKAR: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong (kanan), mengakhiri lawatan rasminya dengan berjalan pagi diikuti dengan sarapan pagi bersama Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Haji Al-Muhtadee Billah (kiri).
HUBUNGAN MEKAR: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong (kanan), mengakhiri lawatan rasminya dengan berjalan pagi diikuti dengan sarapan pagi bersama Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Haji Al-Muhtadee Billah (kiri). - Foto MCI

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, mengucapkan terima kasih kepada Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Haji Al-Muhtadee Billah, serta pemimpin Brunei lain kerana telah menjadi tuan rumah yang baik sepanjang lawatan rasminya sempena Program Pemimpin Muda (YLP) kesembilan.

Dalam catatan di Facebook beliau, Encik Wong berkata lawatan tersebut telah memperkukuhkan hubungan istimewa antara Singapura dengan Brunei.

“Kami dapat mengeratkan hubungan dengan rakan lama, menjalinkan hubungan bersama rakan baru, dan mengesahkan komitmen kuat untuk membawa hubungan kami ke sempadan seterusnya pada tahun-tahun akan datang,” kata Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg