Hujan lebat di barat Singapura pada Khamis hampir menyamai purata hujan yang dirakamkan pada Julai.
Ini setelah hujan lebat mencetus amaran risiko banjir di seluruh negara.
Agensi air negara PUB, pada Khamis, berkata 120.2 milimeter (mm) hujan direkodkan dari 7.40 pagi hingga 11.30 pagi. Jumlah itu bersamaan lebih 80 peratus purata hujan bagi Julai.
Amaran banjir kilat dikeluarkan untuk kawasan seperti Longkang Besar Stamford berhampiran Lucky Plaza, stesen MRT Braddell dan Sunset Drive.
Hujan lebat pada Khamis mengakibatkan banjir kilat di sepanjang 200 meter Dunearn Road berhampiran Pusat Sime Darby pada sekitar 9.25 pagi.
Pasukan Tindak Balas Pantas PUB telah diaktifkan dan dua lorong trafik ditutup buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga, kata PUB.
Agensi itu berkata: “Trafik masih boleh melalui jalan itu, dan banjir kilat surut dalam masa 15 minit.”


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg