Hujan lebat dijangka landa S’pura separuh kedua Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hujan lebat dijangka landa S’pura separuh kedua Feb

Meteorologi S’pura: Hujan di banyak kawasan pada petang dan malam untuk tempoh beberapa hari
Feb 16, 2026 | 3:59 PM

Hujan lebat dijangka landa S’pura separuh kedua Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ramalan cuaca, singapura, lebat, hujan
Hujan dijangka berlaku di kebanyakan kawasan Singapura pada waktu petang dan malam pada beberapa hari dalam separuh kedua Februari. - Foto ST

Orang ramai dinasihatkan untuk membawa payung pada separuh kedua Februari kerana kemungkinan hujan lebat disertai petir akan melanda Singapura untuk beberapa hari.

Namun, keadaan selepas tempoh itu dijangka menjadi lebih kering, walaupun hujan petir yang singkat masih berkemungkinan berlaku pada waktu petang.

Ini disebabkan monsun timur laut yang sedang berlaku, dengan angin bertiup terutamanya dari arah barat laut atau timur laut.

Jumlah hujan dalam dua minggu kedua Februari diramalkan berada pada tahap purata, di sebahagian besar kawasan Singapura.

Suhu maksimum harian dijangka berada antara 32 darjah Celsius dengan 33 darjah Celsius pada kebanyakan hari.

Dalam ulasan keadaan cuaca pada separuh pertama Februari, meteorologi berkata keadaan monsun timur laut menyebabkan angin pada paras rendah bertiup dari arah utara atau timur laut.

Tempoh itu dicirikan oleh lebih banyak cuaca yang basah berbanding dengan dua minggu sebelumnya, dengan hujan tempatan yang singkat berlaku di beberapa kawasan Singapura pada beberapa petang.

Hujan tertinggi pada dua minggu pertama Februari dicatatkan pada 5 Februari.

Pada hari tersebut, hujan petir yang meluas melanda banyak kawasan, menyebabkan jumlah hujan harian sebanyak 108.6 milimeter di sekitar kawasan Jurong Pier, kata MSS.

Suhu maksimum harian adalah antara 32 hingga 33 darjah Celsius, tambahnya.

Suhu meningkat melebihi 34 darjah Celsius untuk beberapa kali, dengan suhu tertinggi 34.7 darjah Celsius dicatatkan di Pulau Jurong pada 4 Februari.

Secara keseluruhan, Singapura mencatatkan jumlah hujan yang lebih rendah daripada purata pada dua minggu pertama Februari.

Kawasan sekitar Bedok North mencatatkan hujan 88 peratus di bawah purata, manakala kawasan sekitar Jurong Pier mencatatkan hujan 89 peratus lebih tinggi daripada purata.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg