Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hulur bantuan sokong acara amal

Oct 9, 2023 | 4:37 PM
KARYA IMAGINASI: Kanak-kanak boleh mencipta avatar adiwira mereka menggunakan alat berkuasa AI yang dibangunkan oleh NTUC First Campus.
KARYA IMAGINASI: Kanak-kanak boleh mencipta avatar adiwira mereka menggunakan alat berkuasa AI yang dibangunkan oleh NTUC First Campus. - Foto NTUC FIRST CAMPUS

Cipta: Avatar adiwira 

Sekiranya anak anda mampu menjadi adiwira, bagaimana agaknya rupa mereka? Dan apa yang boleh mereka lakukan untuk membantu menjadikan dunia ini lebih baik?

Anak-anak anda kini boleh menjadikan imaginasi mereka satu kenyataan dengan mencipta avatar adiwira dengan menggunakan alat kecerdasan buatan (AI). Ia dibangunkan oleh NTUC First Campus untuk kanak-kanak prasekolah.

Sehingga 12 November, ia boleh diakses menerusi laman str.sg/icDM dan str.sg/icDQ.

Dari Sabtu hingga 12 November, anda berpeluang menjadi 500 peserta pertama mencetak desain adiwira itu di cawangan Uniqlo di Orchard Central dan Bugis+.

Anda boleh juga menikmati penjimatan 10 peratus bagi kemeja-T kanak-kanak yang asalnya berharga $19.90 dan $29.90 untuk dewasa.

Derma: Bantu kumpul dana

BERI SOKONGAN: Semua kutipan akan disalurkan bagi membantu kanak-kanak yang menetap di flat sewa awam
BERI SOKONGAN: Semua kutipan akan disalurkan bagi membantu kanak-kanak yang menetap di flat sewa awam - Foto PERTUBUHAN PALANG MERAH SINGAPURA

Derma pakaian baru ataupun yang jarang digunakan, buku, mainan serta barangan berjenama lain bagi satu tujuan murni.

Ia akan dijual di acara The Sustainable Christmas Market anjuran organisasi tidak mencari untung, Peace of Art Singapore.

Semua kutipan akan disalurkan kepada program Young Heart, Pertubuhan Palang Merah Singapura, yang menyediakan sokongan akademik serta mentor kepada kanak-kanak yang menetap di flat sewa awam.

Hantarkan barangan yang hendak anda dermakan ke Pertubuhan Palang Merah di  #07-23, 51 Cuppage Road, selewat-lewatnya pada 30 Oktober (Selasa, Khamis dan Ahad, 10 pagi hingga 4 petang sahaja).

Anda juga boleh mengunjungi acara The Sustainable Christmas Market pada 11 dan 12 November, dari 10 pagi hingga 8 malam, di South Beach, 30 Beach Road. 

Barang-barang yang tidak terjual akan didermakan kepada Red Cross Shop, di mana hasil jualan akan digunakan untuk menyokong usaha kemanusiaan.

Dapatkan maklumat lanjut di sustainablechristmas.sg

Sertai: Acara jalan amal bagi menyokong golongan autisme

ACARA AMAL: Pusat Autisme St Andrew’s akan mengadakan acara berjalan kaki amal pertamanya untuk menyokong golongan autisme.
ACARA AMAL: Pusat Autisme St Andrew’s akan mengadakan acara berjalan kaki amal pertamanya untuk menyokong golongan autisme. - Foto PUSAT AUTISME ST ANDREW’S

Pusat Autisme St Andrew’s mengajak anda dan anak-anak anda ke acara ‘Walk Of A Lifetime’, yang diadakan buat julung-julung kali pada 14 Oktober ini.

Acara jalan amal sepanjang 5 kilometer ini akan bermula di Maktab Rendah St Andrew’s, dekat Toa Payoh. 

Semua hasil kutipan akan digunakan untuk membiayai program dan perkhidmatan di sekolah pendidikan khas, pusat kegiatan harian dan rumah kediaman untuk menyokong individu autisme dan keluarga mereka.

Bayaran penyertaan, termasuk beg cenderahati dan pingat acara, adalah $35 bagi seorang dewasa dan $20 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun. Ia percuma untuk mereka yang berusia di bawah lima tahun.

Selain mengumpul dana, acara itu juga bertujuan membantu orang ramai mengenali cabaran yang dihadapi golongan autisme serta keluarga mereka. 

Autisme merupakan gangguan spektrum yang menjejaskan keupayaan seseorang berkomunikasi dan berinteraksi.

Untuk mendaftar bagi menyertai acara berjalan kaki atau membuat derma, anda boleh ke laman www.walkofalifetime.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg