Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nikmati muzikal ‘Trolls’, kegiatan Halloween serta derma buku lama

Sep 18, 2023 | 4:40 PM
NANTIKAN KETIBAAN ANDA: Watak Sesame Street seperti Oscar the Grouch, Count von Count and Cookie Monster bersedia untuk menyambut Halloween bersama para pengunjung Universal Studios Singapore.
NANTIKAN KETIBAAN ANDA: Watak Sesame Street seperti Oscar the Grouch, Count von Count and Cookie Monster bersedia untuk menyambut Halloween bersama para pengunjung Universal Studios Singapore. - Foto ST

Kunjungi: Halloween bersama watak Sesame Street di USS

Nikmati kegiatan Halloween tanpa berasa takut di Universal Studios Singapore (USS).

Watak-watak Sesame Street yang digemari ramai seperti Oscar the Grouch, Count von Count dan Cookie Monster akan memakai kostum terbaik mereka dan bersedia untuk bergambar bersama keluarga anda.

Watak Minion Monsters dari francais filem Despicable Me juga akan membuat kemunculan pada acara tersebut.

Usah lepaskan peluang tersebut dan pastikan anda datang awal untuk peluang bergambar bersama mereka dan menyaksikan persembahan yang telah mereka rancangkan.

Nantikan juga The Candy Conquest, sebuah pertarungan tarian dan pertunjukan gendang yang menampilkan dua kumpulan pencuri yang berjuang untuk mendapatkan stok makanan manis.

Ini adalah sebahagian daripada program Halloween ‘Trick Or Thrills’ taman tema itu, yang berlangsung sehingga 5 November.

Tiket masuk berharga $98 untuk dewasa dan $76 untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun.

Setiap tiket termasuk baucar hidangan set Halloween dan barangan runcit USS. Kanak-kanak juga akan mendapat sebuah bakul labu untuk melakukan ‘trick-or-treat’.

Maklumat: Layari laman web, rwsentosa.com/trickorthrills

Saksikan: Persembahan muzikal ‘Trolls, Hug Time Jubilee’

NIKMATI PERSEMBAHAN ‘TROLLS’: Menyanyi dan menari dengan watak animasi filem ‘Trolls’, Branch dan Queen Poppy dalam persembahan muzikal terbaru, ‘Hug Time Jubilee’.
NIKMATI PERSEMBAHAN ‘TROLLS’: Menyanyi dan menari dengan watak animasi filem ‘Trolls’, Branch dan Queen Poppy dalam persembahan muzikal terbaru, ‘Hug Time Jubilee’. - Foto RESORTS WORLD SENTOSA

Satu lagi persembahan baru yang diadakan di USS ialah satu persembahan muzikal yang menampilkan watak animasi popular DreamWorks, Trolls (2016 hingga kini).

Watak filem tersebut, Branch dan Poppy sedang mencari penyanyi berbakat untuk turut beraksi dalam salah satu persembahan utama sambutan ‘Hug Time Jubilee’.

Sedang peserta menyanyikan lagu-lagu hit dan persaingan menjadi semakin sengit, perdebatan tentang siapa yang layak menang juga mula timbul.

Persembahan muzikal itu juga akan menampilkan watak Cloud Guy, yang akan membuat kemunculan sulungnya di taman tema Universal Studios, bersama satu lagi watak, Guy Diamond.

Persembahan selama 25 minit yang dilancarkan Jumaat lalu, menggantikan persembahan bertemakan Sesame Street, Elmo’s TV Time di Hollywood Pantages Theatre, USS. 

Persembahan ini ditayangkan beberapa kali sepanjang hari. Pengunjung boleh melihat pada papan masa tayangan dan aplikasi USS untuk masa tayangan.

Derma: Buku kanak-kanak berbahasa Inggeris

SUMBANG BUKU: Buku kanak-kanak berbahasa Inggeris yang dikumpul oleh Sony akan dihantar ke Afrika Selatan.
SUMBANG BUKU: Buku kanak-kanak berbahasa Inggeris yang dikumpul oleh Sony akan dihantar ke Afrika Selatan. - Foto SOUTH AFRICA PRIMARY EDUCATION SUPPORT INITIATIVE

Anak-anak anda mempunyai buku-buku yang mereka gemar baca namun tidak mempunyai ruang di rak buku untuk menyimpannya?

Jika buku-buku itu dalam bahasa Inggeris dan sesuai untuk mereka yang berumur 15 tahun ke bawah, anda boleh kongsikannya dengan kanak-kanak di Afrika Selatan.

Ini merupakan tahun ke-14 Sony Group of Companies di Singapura menganjurkan kempen derma buku untuk Projek Perpustakaan Mudah Alih Afrika Selatan, yang memanfaatkan sekitar 850 sekolah setempat di sembilan wilayah.

Projek tersebut bagaimanapun tidak mengambil ensiklopedia, buku rujukan, buku penilaian, buku teks dan majalah.

Buku-buku yang masih dalam keadaan baik boleh dihantar dari Isnin hingga 1 Oktober di Sony Store di 313@Somerset antara 11 pagi dengan 9 malam.

Sepanjang dekad lalu, Singapura telah menjadi penyumbang terbesar dalam kalangan negara yang mengambil bahagian – termasuk Australia dan Canada – dengan lebih 134,000 buku disumbangkan.

Maklumat: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang projek ini, layari laman web, sony.net/library

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg