Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Humanity Matters perlu 300 relawan bungkus keperluan bagi mangsa Gaza

Mar 6, 2024 | 7:09 PM
Humanity Matters meminta seramai 300 relawan untuk membantu membungkus barang keperluan bagi mangsa di Gaza pada 9 Mac di sebuah lokasi berhampiran SAFRA Tampines.
Humanity Matters meminta seramai 300 relawan untuk membantu membungkus barang keperluan bagi mangsa di Gaza pada 9 Mac di sebuah lokasi berhampiran SAFRA Tampines. - Foto ZAOBAO, HUMANITY MATTERS

Pertubuhan silang agama, Humanity Matters (HM) yang tidak meraih untung, memerlukan seramai 300 relawan, untuk membantu membungkus barang keperluan bagi mangsa peperangan di Gaza.

Acara yang pada 9 Mac dari 11 pagi hingga 4 petang itu, akan diadakan di sebuah lokasi berdekatan Tampines Industrial Park A, menurut HM, dalam satu poster yang dilihat Berita Harian (BH).

Orang ramai boleh mendaftar untuk menyertai daya usaha itu menerusi laman bit.ly/hmgr2.

Menjawab pertanyaan BH, HM berkata acara itu khusus bagi mereka yang membuat pendaftaran sahaja.

Lokasi acara akan diberitahu kepada mereka yang berjaya membuat pendaftaran tersebut.

Satu poster oleh Humanity Matters yang menggesa seramai 300 relawan agar membantu membungkus barang keperluan bagi mangsa di Gaza pada 9 Mac.
Satu poster oleh Humanity Matters yang menggesa seramai 300 relawan agar membantu membungkus barang keperluan bagi mangsa di Gaza pada 9 Mac. - Foto HUMANITY MATTERS

Dalam poster itu, HM berkata dengan gencatan senjata yang mungkin berkuat kuasa pada Mac atau Ramadan, ia sedang “bersiap sedia” untuk menghantar bantuan kemanusiaan lanjut ke wilayah Palestin di Gaza.

Bahan keperluan tersebut meliputi ubat-ubatan, makanan dan keperluan bagi kanak-kanak.

“Krisis kemanusiaan di Jaluran Gaza amat buruk akibat kemusnahan, kehilangan tempat tinggal, kematian, penyebaran penyakit dan keadaan yang tidak berperikemanusiaan,” kata HM.

“Atas dasar kemanusiaan, perpaduan sosial dan kasih sayang, HM sedang melaksanakan satu daya usaha bantuan kemanusiaan silang agama dan bangsa bagi orang awam yang tidak bersalah di Gaza.”

Terdahulu pada November 2023, pertubuhan tersebut telah berjaya menghantar bantuan kemanusiaan seberat 9.4 tan ke Rafah, wilayah Palestin, menerusi Mesir.

Sekitar 100 relawan, hadir di sebuah bangunan perindustrian di Geylang pada 29 Oktober 2023, untuk membungkus barang keperluan perubatan dan kemanusiaan bagi mangsa di Gaza.
Sekitar 100 relawan, hadir di sebuah bangunan perindustrian di Geylang pada 29 Oktober 2023, untuk membungkus barang keperluan perubatan dan kemanusiaan bagi mangsa di Gaza. - Foto ZAOBAO

Pada 29 Oktober, sekitar 100 relawan telah berkumpul di sebuah bangunan perindustrian di Geylang, untuk menghulurkan bantuan bagi membungkus barang keperluan tersebut, sebelum ia dihantar menerusi pengangkutan udara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg