IbadahSg, dengan pengalaman lebih 20 tahun, menguruskan ibadah korban secara amanah, telus, dan tepat sasaran kerana korban bukan sekadar amalan tahunan, bahkan sebagai lambang ketaatan, kesyukuran, dan pengorbanan hamba kepada Allah swt.

Oleh itu, pelaksanaannya wajib diurus pihak berwibawa, dipercayai, dan mematuhi syarak.

Menurut Pengarah IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Mohamed Firdaus Masruhen, setiap langkah ibadah korban dilaksanakan dengan penuh teliti. Ini bermula daripada pemilihan haiwan yang sihat dan menepati syarat sah, sehinggalah proses pemeriksaan rapi sebelum penyembelihan.

“Penyembelihan dilakukan oleh jurusembelih bertauliah, berpengalaman, dan berpandukan syariah. Seterusnya, daging korban diproses dan diagihkan secara tersusun dan berhati-hati.

“Agihan dikhususkan kepada yang benar-benar memerlukan, bagi memastikan manfaat ibadah ini sampai kepada sasaran tepat. Setiap langkah diambil dengan penuh tanggungjawab.

“Bagi menjamin ketelusan, bukti pelaksanaan, berupa gambar sebelum dan selepas sembelihan, turut disediakan. Ini menawarkan keyakinan dan ketenangan hati kepada setiap peserta.

“Pendekatan ini jelas mencerminkan komitmen IbadahSg: mengurus setiap amanah korban dengan telus, berlandaskan syariat, dan nilai amanah yang tinggi,” jelas Ustaz Firdaus.

Agihan daging korban meliputi tempat terpilih seperti Indonesia, Kemboja, Makkah di Arab Saudi, dan kawasan sekitarnya. Di Indonesia, ia disalurkan kepada penduduk pedalaman, pondok pesantren, rumah anak yatim, dan golongan asnaf.

Di Kemboja, agihan diberi kepada masyarakat Muslim minoriti yang jarang menikmati daging selain semasa Aidiladha, manakala di tanah suci, daging korban disalurkan kepada para mustahik di Makkah dan kawasan berdekatan.

Pilihan korban disediakan mengikut tempat, termasuk kambing, lembu, dan unta, dengan harga berpatutan. Setiap pelaksanaan disertakan dengan pemantauan rapi, doa khusus untuk peserta, serta rakaman video sebagai bukti tambahan.

IbadahSg komited memastikan setiap amanah korban dilaksanakan penuh tanggungjawab, bukan sekadar laporan bertulis, malah bukti nyata di lapangan. Dengan pendekatan lebih telus dan sistematik, IbadahSg berusaha memberikan ketenangan jiwa kepada peserta.

Laksanakan ibadah korban anda dengan lebih yakin bersama IbadahSg: amanah, telus, dan lebih tepat sasaran. Untuk korban di Indonesia, harga kambing biri-biri ialah $185. Tempahan lebih daripada 1 ekor melayakkan anda menikmati harga promosi serta hadiah istimewa dari tanah suci. Harga seekor lembu pula $1,200.

Rakaman video pelaksanaan ibadah korban 2026 boleh ditonton melalui pautan rasmi Instagram dan Facebook IBADAHSG.

SEKILAS:

Cara Pembayaran:

1. PayNow ke UEN: IBADAHSG PTE LTD – 201729869D165.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 687-578757-001.

3. Cek atas nama IBADAHSG PTE LTD, dan dikirimkan ke Blok 137 Marsiling Road, #07-2010, Singapura 730137. Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon, dan niat korban.

4. Datang terus dengan pembayaran tunai ke Blok 74 Toa Payoh Lorong 4, #02-29 Singapura 310074, dari 9.30 pagi hingga 2 petang. Hubungi Cik Maimoon Bee SKS Hameed di talian 8223-7530.

5. Bagi tempahan dan pertanyaan, hubungi Ustaz Syamil Masruhen di talian 8322-0460, Ustazah Mariah Masruhen (8339-3012), Encik Md Noh (8399-7390), dan Ustaz Firdaus Masruhen (9126-6444).