Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu bapa bakal dapat cuti bersama 6 minggu untuk bayi lahir pada atau selepas 1 April

Mar 27, 2025 | 8:19 PM
Dalam fasa pertama skim cuti bersama ibu bapa yang baru diperkenalkan itu, ibu bapa yang layak akan mendapat enam minggu cuti bersama tambahan selain cuti yang sedia ada, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 27 Mac.
Dalam fasa pertama skim cuti bersama ibu bapa yang baru diperkenalkan itu, ibu bapa yang layak akan mendapat enam minggu cuti bersama tambahan selain cuti yang sedia ada, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 27 Mac. - Foto ST

Bakal ibu bapa akan dapat menikmati lebih banyak masa bersama bayi mereka yang lahir pada atau selepas 1 April, apabila skim cuti bersama ibu bapa baru diperkenalkan.

Dalam fasa pertama skim itu, ibu bapa yang layak akan mendapat enam minggu cuti bersama tambahan selain cuti yang sedia ada, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 27 Mac.

Skim tersebut hanya bagi mereka yang mempunyai anak warga Singapura yang lahir pada atau selepas 1 April, lapor The Straits Times (ST).

Bapa kepada anak warga Singapura akan layak mendapat empat minggu cuti paterniti berbayar, berbanding dua minggu sebelum ini.

Fasa kedua skim itu, yang bermula pada 1 April 2026, akan meningkatkan cuti bersama kepada 10 minggu bagi ibu bapa dengan anak yang lahir selepas tarikh tersebut.

Skim tersebut diperkenalkan selepas pindaan pada Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak pada November 2024. Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengumumkan penambahbaikan ini semasa Rapat Hari Kebangsaan pada Ogos 2024.

“Skim cuti bersama baru ini menekankan komitmen pemerintah memberi sokongan penjagaan yang lebih kepada ibu bapa semasa peringkat awal kehidupan anak mereka,” kata MSF.

Secara keseluruhan, penambahbaikan itu akan menyediakan 30 minggu cuti berbayar kepada pasangan dalam tahun pertama anak mereka, termasuk 16 minggu cuti bersalin yang dibayar oleh pemerintah.

Ibu bapa diberi fleksibiliti menentukan pengagihan cuti bersama itu, dengan pembahagian sedia ada tiga minggu setiap seorang untuk fasa pertama, dan lima minggu setiap seorang untuk fasa kedua.

Ibu bapa boleh mengubah pengagihan cuti bersama semasa mendaftarkan kelahiran anak di LifeSG dan sehingga empat minggu selepas itu. 

Selepas tempoh itu, perubahan boleh dibuat dengan persetujuan majikan dan dokumen sokongan. 

Majikan perlu mengesahkan cuti melalui portal kerajaan dan tuntutan pampasan boleh dibuat dalam masa tiga bulan. 

Menurut MSF, cuti bersama perlu diambil dalam 12 bulan selepas kelahiran dan selepas menggunakan cuti bersalin atau paterniti yang dibayar pemerintah.

“Ibu bapa perlu memaklumkan majikan tentang rancangan cuti bersama secepat mungkin apabila mereka bakal mendapat anak,” kata kementerian. “Ini memberi masa yang mencukupi untuk kedua-dua pihak berbincang dan bersetuju dengan pelan cuti serta membuat persediaan yang diperlukan.” 

Jika ibu bapa tidak dapat mencapai persetujuan, mereka boleh mengambil cuti bersama secara berterusan dalam tempoh 26 minggu selepas kelahiran anak, dengan memberi notis sekurang-kurangnya empat minggu, kata MSF. 

Ibu bapa boleh merujuk panduan ini untuk maklumat lanjut, manakala majikan boleh melawat pautan ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg