Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ibu cari anak diberi kepada keluarga Melayu, lebih 60 tahun lalu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu cari anak diberi kepada keluarga Melayu, lebih 60 tahun lalu

Dec 11, 2023 | 04:09 PM



Seorang ibu berbangsa Cina yang kini berusia 94 tahun sedang mencari anak perempuannya yang telah diberikan kepada keluarga Melayu sekitar 67 tahun lalu.

Walaupun mempunyai 10 anak kesemuanya, Cik Lau Seok Lan masih teringatkan anak yang terpisah darinya akibat desakan mentua yang percaya anak itu akan mendatangkan masalah, menurut kepercayaan orang lama, katanya.

Berkongsi kepada Berita Harian (BH), cucunya Cik Jasmine Liu, 39 tahun berkata neneknya sudah lama menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan anaknya yang telah diberi kepada keluarga lain melalui orang tengah.

Anak ketujuhnya itu dipercayai akan mendatangkan musibah kerana dilahirkan dengan dua batang gigi – sesuatu yang jarang berlaku bagi bayi yang baru lahir.

Beliau menarik keluar kededua batang gigi tersebut, namun kemudian ibunya dan ibu mentuanya terus menyuruhnya agar memberikan bayi tersebut kepada keluarga lain.

Hasil pencarian selama ini telah menemukan Cik Lau kepada beberapa anak angkat asal Cina namun beliau percaya, masih belum jumpa dengan anak kandungannya itu.

“Pakcik saya pernah memberitahu kami beliau pernah ternampak adik kandungnya itu di kampung mereka sekitar usianya 10 tahun, dan kanak-kanak itu mirip ibu mereka,” menurut Cik Liu yang mengatakan neneknya selalu mencari berita tentang anak angkat Cina yang diberikan kepada keluarga Melayu menerusi akhbar tempatan.

Berita tentang pencarian ini dikongsi oleh Cik Liu kali pertama menerusi satu platform media sosial pada tahun lalu, dan ada sesetengah komen dari warga net yang mengatakan anak itu diberi kepada keluarga angkat itu atas masalah kewangan.

Namun Cik Liu membantah dakwaan tersebut, dan menjelaskan keluarga neneknya tidak susah, dan mampu menjaga anak itu.

Namun atas kepercayaan lama, anak perempuan itu terpaksa diberikan kepada keluarga lain, walaupun neneknya itu tidak rela sama sekali dipisahkan dengan anak kandung sendiri.

Keluarga itu menyara hidup sebagai petani di kebun pada ketika itu.

Cik Lau pernah menetap di 99 Jalan Chekor dan ini juga merupakan alamat yang terdaftar dalam semua surat beranak untuk anak-anaknya. Beliau percaya surat beranak kepada anak itu telah diberikan kepada keluarga angkat tersebut.

Cik Lau dan mendiang suaminya Encik Tan Tong Hai, juga pernah terdaftar di alamat 154-1 Lorong Tai Seng, dan kedua-duanya berketurunan Teochew.

“Nenek saya mempunyai keluarga yang besar, dikelilingi sembilan orang anak lain, 24 cucu dan 19 cicit, namun begitu, hatinya tetap rindu dan ingin melihat anaknya yang diberikan kepada keluarga angkat tersebut,” kata Cik Liu.

Menurut kajian dan laporan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), pengambilan anak angkat antara etnik merupakan fenomena sosial dari tahun 1930-an di Singapura dan Tanah Melayu kerana wujudnya penempatan besar keluarga Cina, Melayu dan India.

Proses pengambilan anak angkat dijalankan secara tidak formal iaitu melalui hubungan terus menerus antara ibu bapa dengan ibu bapa angkat dan “broker anak angkat” (pengantara) seperti doktor, jururawat dan bidan.

Sejauh ini, tidak ada rekod rasmi untuk mengetahui berapa jumlah anak angkat Cina telah dijadikan anak angkat atas sebab tersebut.

Seperti anak Cik Lau, bayi itu telah diberikan menerusi orang tengah dan beliau tidak pernah melihat anak itu lagi setelah diberikan kepada orang. Beliau juga dihalang untuk cuba menghubungi anak itu, dan keputusan ini tidak dapat disangkal oleh suaminya yang terpaksa menurut kehendak ibunya yang garang.

Kata Cik Lau mengimbau kembali kenangan itu:

“Kalau saya mendiamkan diri, tentu saya masih dapat simpan bayi itu. justeru kini saya hanya ingin berjumpa dengannya walau sekali. Setiap anak istimewa buat orang tuanya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >